Thursday, June 13, 2013

Konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5IOJ_uOm_odGyftTmHgN9-WtPSafKibTB34jBqZeEa_BYA26wwycHDjHFG8f9HjSJAOl95B2qr4PG9QQFhkeefoAHD5hsU6PtqR9DNkgdKkXg9MTqllU-LOcbcdMjwgQM6dWL0Tg9tiR/s1600/PBSJenisPentaksiran.png

Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian?

Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak.
 
 
 
 

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX4ROFDFUWo9XlLjYkQCbudh3DujLaHAtTQbHincM6QYWnrnjLmmH-cs6BsBub6YlU5-UpcBAPYFMR4_c7YTZmZZPtmuLDdTHUMIF6jFdlsp6GCr1IGbSfMZdj3MrsW_jhxk9NuphrEUo/s1600/Capture+2.PNGhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwS9MY_AoTXDXYoIPatw1KV7fW_8oYXxLmWQtLPdi6OJw4AMKUjuhHG2MZTkikgVnC0UzPn3Ew4e08G7GWeM6jR9RdsVqPnkCgXKXJc6lL5StS-x1K8T4w97orxW-WEvTdcxffxiv4Nwg/s1600/Capture+4.PNGhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFKX4dfxOlsaIBOHbmzNcjt04dcuXR0V4LzKpq-CpnCFKnu5pjbDgSymN46YNvDTvs2Cy5NIpUHB1WU6SskxEpcjWpsSm6h3JRpxA7Fs2vCCIJTzNss3jRpxgyAv4LKFj0gQe9J1DvGes/s1600/Capture+3.PNG

No comments:

Post a Comment