Thursday, June 13, 2013

Bentuk Pentaksiran Bilik Darjah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGV0eHGIZ3yBLInwie78X6e3grtEIuOyWUn9s5O2ElgRpDoQXHsSx0mQSkirkGf760ZrRmzz5GKd6kXKq2tCwslgoMvCOsPhAKMEP1yrf3L6NiXsx9LcpikK4tvlCv07YU8VfDl3U-6hY/s1600/REKA+BENTUK+PENTAKSIRAN+BILIK+DARJAH.png

BENTUK PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (assessment as learning)
 
Ini adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.
 

2. Pentaksiran Untuk Pembelajaran (assessment for learning)
 
Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran mereka.
 

3. Pentaksiran Kepada Pembelajaran (assessment of learning)
 
Ini adalah berbentuk sumatif secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan, mendemostrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan menggunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid.

No comments:

Post a Comment