Penterjemahan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Mata Pelajaran
Bahasa malaysia
SEKALUNG PENGHARGAAN
Bersyukur
saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan inayah NYA dapatlah saya
menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada masa yang telah ditetapkan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih kepada pensyarah saya iaitu Dr.
Abdul Talib bin Mohamed Hashim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar,
panduan dan bantuan kepada saya sepanjang menjalankan tugasan ini.
Akhir sekali, saya juga mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut sama membantu secara langsung atau tidak langsung dalam
membuat esei ilmiah ini. Semoga segala tunjuk ajar dan bantuan kalian dapat
diaplikasikan pada masa hadapan dan saya amat menghargainya. Pengalaman menyiapkan
tugasan esei ilmiah ini cukup menarik bagi saya.
Sekian Terima Kasih.
PENDAHULUAN
Proses
pengajaran dan pembelajaran (p & p) adalah merupakan proses terpenting di
dalam bilik
darjah. Kejayaan dan kelemahan suatu
proses pengajaran dan pembelajaran
bergantung sepenuhnya di atas bahu guru yang memegang
amanah untuk melaksanakan proses
tersebut. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman
(2008:42), guru ialah teras kepada
pelaksanaan
proses pendidikan walaupun proses pendidikan itu boleh juga berlangsung tanpa
kehadiran guru.
Sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan untuk melahirkan insan yang
seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka peranan yang sangat besar perlu
dimainkan ileh
seorang guru dalam merealisasikan hasrat
yang terkandung dalam falsafah
pendidikan
tersebut. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) penting
dalam pelaksanaan
pendidikan negara. FPK menjadi panduan kepada semua pihak
untuk mempastikan
penterjemahannya dapat mencapai hasrat pendidikan negara
untuk melahirkan warga negara
yang cemerlang.
Oleh itu, esei ilmiah ini dihasilkan untuk
mengkaji sejauh mana kejayaan
sebuah proses
pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh seorang guru di dalam bilik
darjah mampu
mencapai objektif pengajarannya serta di mana letaknya unsur falsafah
pendidikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran itu dilakukan. Esei ilmiah ini
mengupas unsur-unsur falsafah pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Tiga aspek utama iaitu dari segi penyampaian kandungan (rancangan pengajaran), pelaksanaan pengajaran dan
penilaian pembelajaran.
1.0 PENGENALAN
KEPADA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
1.1 Maksud
Falsafah
Falsafah (Philosophy)
berasal dari dua perkataan Yunani iaitu philo dan sophia. Philo
bermakna mencintai dan sophia bermakna kebijaksanaan atau
kehikmahan. Oleh itu, falsafah bermaksud mencintai kebijaksanaan atau
kehikmahan. Mencari kebenaran adalah satu aktiviti penting yang dilakukan oleh
manusia dalam kehidupannya dan kebijaksanaan adalah diperlukan dalam mencari
kebenaran. Justeru, manusia berfalsafah dalam usaha mencari kebenaran. Namun
demikian, aktiviti ini hanya dapat dilakukan dengan beberapa pertimbangan iaitu
seseorang itu perlulah memiliki akal fikiran yang tajam, ilmu pengetahuan yang
mantap dan nilai-nilai yang teguh.
Menurut Kamus Dewan, maksud falsafah ialah pengetahuan tentang
pengertian yang dianggap sebagai ilmu tertinggi atau sebagai dasar kepada ilmu-ilmu
lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah menggunakan
akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.
Dalam Islam, falsafah ditafsirkan kepada
hikmah, walaupun konteks hikmah adalah lebih luas daripada falsafah itu
sendiri. Kedudukan hikmah dalam Al-Quran mempunyai nilai yang lebih tinggi
daripada falsafah (Abdul Fatah, 2003). Sayidina Ali Bin Abi Talib r.a pernah
berkata “ Hikmah itu ialah sesuatu yang hilang dan dicari-cari oleh orang yang
beriman”.
Dari aspek sejarah pula, perkataan
falsafah berasal daripada perkataan Greek (Yunani) Philosophia yang bermaksud
cinta kepada kebijaksanaan, kearifan atau kehikmahan.
Pengertian falsafah dikembangkan lagi
oleh tokoh-tokoh falsafah barat dan Islam seperti Socrates, Plato, Aristotle,
Al Kindi, Al Farabi dan sebagainya. Falsafah mempunyai cabang-cabang ilmu yang
utama, iaitu metafizik, epistemologi, aksiologi yang mempunyai etika dan
estetika serta logik. Cabang falsafah metafizik pada umumnya bermaksud pemikiran
tentang kewujudan sesuatu. Epistemologi ialah cabang falsafah yang memberi
focus kepada ilmu.
Cabang falsafah yang seterusnya ialah
aksiologi yang mana lebih tertumpu pada persoalan nilai dan sistem nilai.
Aksiologi terdiri daripada dua aspek, iaitu etika dan estetika. Etika
ditakrifkan sebagai persoalan tentang nilai moral dan peraturan tingkah laku
manusia yang betul. Estetika member pengertian tentang pemahaman dan pengamatan
intelektual. Manakala logik merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan
pemikiran atau hujah yang betul atau sebaliknya.
Dasar yang digubal dalam suatu sistem
pendidikan perlu merujuk kepada asasnya iaitu falsafah pendidikan. Falsafah
menjadi teras kepadasistem pendidikan kerana terkandung pendidikan yang
digunakan, ciri yang hendak dicapai, kaedah pelaksanaan pendidikan yang akan
digunakan, cirri yang hendak dibentuk dalam diri individu yang menerima
pendidikan dan liputan yang terangkum dalam sistem pendidikan. Menurut Abdul
Fatah Hasan, falsafah pendidikan merupakan suatu sistem kepercayaan, pegangan
atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal tentang pendidikan dan
pengajaran yang patut dilaksanakan di sekolah atau di dalam bilik darjah.
Falsafah pendidikan adalah pecahan
daripada falsafah umum pendidikan. Falsafah umum pula terdiri daripada beberapa
falsafah seperti idealisme, realisme, pragmatisme dan eksistensialisme. Secara
umumnya falsafah idealisme memberi fokus kepada kepentingan pemikiran, jiwa dan
kerohanian. Realisme pula ialah falsafah yang memandang alam kebendaan adalah
sebagai realiti hidup. Pragmatisme dibentuk oleh ahli falsafah Amerika Syarikat
yang mempercayai bahawa manusia memperoleh pengetahuan hanya melalui pengalaman
dan penyelesaian masalah. Falsafah eksistensialisme menjurus kepada falsafah
yang bersifat individualistik kerana menekankan aspek manusia bertanggungjawab
terhadap diri sendiri dan kehidupannya. Dari sini lahir idealisme yang
menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana di bawah.
Kesimpulannya, falsafah dapat diertikan
sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang
dihasilkan menerusi kajian secara saintifik, sistematik, dan diterima umum.
Asal usul leksikal pendidikan´ adalah
daripada morfem bebas Latin, educare yang bermaksud memelihara atau mengasuh´.
Definisi pemajmukan leksikal Falsafah Pendidikan´ diertikan oleh Yusuf
al-Qardawi (1980) sebagai Pendidikan merangkumi keseluruhan hidup termasuklah
akal, hati, dan rohani, jasmani, akhlak, dan tingkah laku.
Falsafah pendidikan merupakan hala
tuju atau panduan terhadap perkara-perkara yang berhubung kait dengan
pendidikan. Matlamat pendidikan sesebuah negara adalah berdasarkan falsafah
pendidikan yang telah ditetapkan. Berdasarkan falsafah pendidikan yang telah
ditetapkan juga, maka segala perancangan dalam pendidikan termasuk penetapan
dasar-dasar, pengisian program pendidikan, penentuan isi kandungan kurikulum,
aspek pelaksanaan kurikulum dan sebagainya akan berfokus dan menuju ke arah
yang sama.
Ia bertujuan untuk menyediakan manusia
hidup dalam masyarakat yang sering menghadapi kebaikan dan kejahatan, kemanisan
dan kepahitan´. Jelaslah bahawa falsafah pendidikan bertindak sebagai medium
pembentukan insan yang mulia memandangkan falsafah melibatkan dua cakuman
utama, iaitu teologi dan sains (Russel, 1946).
“Kebangsaan” secara generalnya diertikan
sebagai sesuatu yang universal, dan ditimbalbalikkan dengan negara secara
keseluruhannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merujuk keempat-empat cabang
falsafah, yakni metafizik atau ontologi (teori kejadian), aksiologi (teori
nilai), epistomologi (teori ilmu) dan logik.
Kajian definisi dan kelompok rujukan
cabang berkenaan menghasilkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang menjadi
rujukan para guru dalam merealisasikan Misi Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) kepada negara Malaysia yang rancak membangun. Falsafah ini turut memberi
pedoman dan inspirasi kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam atau di
luar institusi pendidik.
1.2
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Rajah 1 :
Lima Nilai Falsafah yang Terkandung dalam FPK
"Pendidikan
di Malaysia adalah
satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara."
Berdasarkan penyataan falsafah ini,
matlamat pendidikan Negara bolehlah dinyatakan secara ringkas sebagai usaha
untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik, seimbang dan
sepadu dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan yang percaya dan patuh
kepada Tuhan,berilmu pengetahuan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak
mulia, berketrampilan, berkeupayaan memberi sumbangan ke arah menambahkan
kemakmuran masyarakat dan negara,setia kepada negara dan bertanggungjawab untuk
menjaga hubungan baik dan mesra di antara insan dan memupuk perpaduan
masyarakat Malaysia.
Falsafah pendidikan yang menjadi panduan
bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya
FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan
terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang
mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang
paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK
menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua
tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan
bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik.
Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik,
seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang
paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi cirri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.
Satu konsep asas yang terkandung dalam
FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan
masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan
sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi
lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat
inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidkan ialah satu
proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan
memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada.
Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga
mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.
Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.
2.0
Konsep dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Malaysia.
Pendidikan, mengikut pandangan umum, ialah
aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran,
kerohanian dan jasmani manusia. Secara khususnya pendidikan boleh diertikan
sebagai aktiviti persekolahan. Ini bermakna pendidikan merupakan
aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan dan organisasi untuk
mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia dan menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam
masyarakatnya pada masa depan.
Masyarakat Malaysia yang berbentuk majmuk telah
membawa kepada wujudnya Rukun Negara pada tahun 1970 yang dijadikan dasar
pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Rukun
Negara ini terdiri daripada lima prinsip yang utama dan bertujuan untuk
mencapai perpaduan yang lebih erat di
kalangan seluruh masyarakat Malaysia.
Maka, berteraskan kepada Rukun Negara,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diwujudkan pada tahun 1988. Secara
amnya, konsep pendidikan di Malaysia boleh ditafsir daripada FPK. Sebenarnya,
FPK ini bertujuan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada
semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah
bersifat eklektisisme iaitu gabungan antara falsafah tradisional dan falsafah
progresif. Falsafah pendidikan negara merangkumi falsafah aliran epistemologi,
metafizik dan aksiologi yang juga secara langsung meliputi falsafah dealisme,
realisme, perenilaisme, progresivisme dan eksistensialisme. Berlandaskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dinyatakan di atas. Maka, matlamat
FPK ialah melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara
Malaysia yang baik dan berguna. Dengan perkataan lain, ia juga bermatlamat
melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati
ciri-ciri berikut:
Selain daripada yang disebutkan di atas,
adalah juga diharapan bahawa melalui proses pendidikan, Malaysia dapat mencapai
matlamat pendidikannya, iaitu melahirkan rakyat yang:
2.1 Faktor dalam perkembangan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Seperti yang diketahui umum, fungsi asas
falsafah pendidikan ialah memberi panduan atau haluan kepada pakar pendidikan
untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep
dan matlamat pendidikan negara. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan
mengambil kira aspek-aspek yang berkaitan dengan keperluan individu, masyarakat
dan negara.
Maka, dalam usaha menggubal Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK), faktor-faktor yang berkaitan hendaklah
dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) ialah:
FPN telah dimurnikan pada
tahun 1996 dan dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Berikut
adalah pernyataan FPK:
“Pendidikan
di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dnn segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan
dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serrta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
Dari segi faktor agama, Agama Islam ialah
agama rasmi bagi negara Malaysia tetapi agama lain juga bebas dianuti mengikut
undang-undang negara. Dalam agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan
faktor- faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Unsur agama ini dapat dihayati daripada
pernyataannya, laitu: “menwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan.”
Manakala dalam faktor sosial pula,
masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Seperti yang diketahui, keharmonian
dan kemakmuran negara adalah bergantung kepada amalan sikap toleransi,
bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif
ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan yang merupakan kriteria
yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan
mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan yang
dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu: “.....melahirkan rakyat
Malaysia..... memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.”
Dari segi politik pula, sebagaimana yang
diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubah berlandaskan kepada
ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan
Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk ideologi negara,
pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan
negara. Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan
asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Matlamat ini dapat
diperlihatkan daripada pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sebagaimana
yang telah dihuraikan dalam pengaruh faktor sosial tersebut di atas.
Dalam aspek ekonomi, rakyat Malaysia yang
terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi
dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan
melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, bertanggungjawab dan berupayaan memberi sumbangan terhadap
kemakmuran negara. Cita-cita memperkembang ekonomi Malaysia telah menjadi salah
satu matlamat pendidika negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
Seterusnya, faktor individu seperti
potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu
ini meliputi aspek-aspek intelek rohani, emosi dan jasmani. Perkembangan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insan yang
seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa
mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa
menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia mengnadapi cabaran hidup
dengan tenang. Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis
merupakan pernyataan utama dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Akhir sekali, dalam faktor sejagat,
penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada
pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan ini, idea-idea
yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa
pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Misalnya, program
pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur
hidup dirancangkan oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestikan dalam
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sebagai “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan…” Ini
jelaslah mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.
FPK menggambarkan hasrat
negara untuk menghasilkan warganegara yang baik iaitu insan yang berilmu,
berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan, sejahtera diri dan mampu
menjaga keharmonian keluarga, masyarakat dan negara. Hasrat negara ini
dijayakan melalui pendidikan yang merupakan proses yang berterusan. Selain
daripada itu, FPK juga menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan yang
dlaksanakan di negara ini.
3.0
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dan Penterjemahannya Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran.
Kurikulum Bahasa Melayu digubal untuk
memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum
Bahasa Melayu melatih murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi
dengan menggunakan tatabahasa secara gramatis. Selain itu, murid dapat
mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran yang lain, di samping
mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.
Bagi
membantu guru melaksanakan pengajaran yang berkesan, Huraian Sukatan Pelajaran
disediakan bagi setiap tahun pembelajaran. Huraian Sukatan Pelajaran
mengandungi objektif khusus pembelajaran sebagai rujukan guru bagi melaksanakan
pengajaran dan pembelajarannya. Di samping itu, ia juga mengandungi organisasi kandungan
yang merangkumi kemahiran bahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa, dan
pengisian kurikulum.
Selaras
dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996, Bahasa Melayu
menjadi mata pelajaran atau disiplin ilmu teras di semua sekolah rendah dan
menengah. Bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
perpaduan rakyat Malaysia. Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa
bangga terhadap bangsa yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga
berperanan sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi
bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Pendidikan Bahasa Melayu di
peringkat sekolah menengah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan.
3.1 KONSEP DAN PENGERTIAN.
(a) Sukatan Pelajaran dan
Huraian Sukatan Pelajaran
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (SPBM)
merupakan satu dokumen yang menjadi panduan guru bagi melaksanakan
pengajarannya. Dalamnya terdapat beberapa aspek yang berkaitan dengan isi
kandungan bahasa Melayu dan hala tuju yang hendak dicapai. Aspek itu merangkumi
matlamat dan objektif pengajaran bahasa Melayu, pengisian kurikulum, kandungan
bahasa, sistem bahasa dan Kemahiran Bernilai Tambah. Aspek-aspek ini menjadi
panduan kepada guru dalam pengajarannya. Tujuannya agar pengajaran bahasa
Melayu antara sekolah adalah seragam, terkawal dan bersistem.
Manakala Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu (HSPBM) pula memperincikan Sukatan Pelajaran yang bertujuan untuk
memenuhi cita – cita murni semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. HSPBM
memperjelaskan hasil pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil
pembelajaran dinyatakan secara eksplisit mengikut tahap kesukaran isi kandungan
dan tahap keupayaan murid. Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras,
iaitu aras asas, aras sederhana, dan aras cemerlang.
HSPBM menyarankan strategi pengajaran
dan pembelajaran yang merangkumi pelbagai aktiviti dan penggunaan sumber. Guru
digalakkan menggunakan kreativiti untuk memilih, menyusun, dan mengolah
aktiviti mengikut kesesuaian murid. HSPBM diharapkan dapat membantu para guru
merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara berkesan.
Guru digesa melakukan aktiviti yang
memberi penekanan kepada unsur bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi , kemahiran belajar cara belajar,
dan pelbagai lagi. Di samping nilai murni dan semangat patriotik dan
kewarganegaraan tetap diutamakan. Semua elemen ini diharap dapat memberikan
keyakinan kepada murid dan boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian dan dunia
pekerjaan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran bahasa, iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran ini
membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup. Sukatan Pelajaran ini memberikan pertimbangan kepada
pelbagai gaya pembelajaran, minat dan kecerdasan yang berbeza dalam kalangan
murid. Sukatan Pelajaran ini juga memberikan gambaran yang menyeluruh tentang
kurikulum Bahasa Melayu. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah
mengandungi Matlamat, Objektif, dan Organisasi Kandungan. Organisasi Kandungan
merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan Pengisian
Kurikulum. Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah menyediakan kandungan pengajaran
dan pembelajaran bagi enam tahun persekolahan. Kandungan Sukatan Pelajaran ini diperincikan
dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah bagi setiap tahun,
iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
b) Nilai–Nilai Estetika
Insan seimbang seperti yang dihasratkan
melalui Falsafah Pendidikan kebangsaan perlulah seimbang dari segi jasmani,
rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid menjamin pembangunan
potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani dan kesihatan murid
harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur dan tahap kematangan
murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu pendidikan jasmani dan kesihatan
merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat Tunjang Fizikal. Selain aspek
fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan. Potensi estetika
merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat digunakan
dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk
melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan
seni visual dan muzik.
Estetika mengikut Kamus Dewan adalah
merujuk perkara yang berkaitan dengan keindahan atau penghargaan terhadap
keindahan ( terutamanya ) dalam bidang seni. Ini bermakna nilai – nilai
estetika diajar dalam setiap disiplin ilmu atau mata pelajaran seperti
Pendidikan Seni, Bahasa Melayu, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, dan lain –
lain.
4.0 HUBUNGAN SUKATAN
PELAJARAN BAHASA MELAYU DENGAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara (FPN) merupakan pegangan pendidikan
di Malaysia. Hal ini bermakna semua aktiviti pendidikan dan persekolahan di
Malaysia mestilah selaras dengan FPK. Justeru, setiap bakal guru di Malaysia
diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap tindakan
mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada pada landasan
yang betul. Intipati utama dalam FPK ini ialah melahirkan insan seimbang dari
segi jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Sosial yang sering disebut oleh
guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat bahawa tidak ada yang lebih utama antara
keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh dikatakan jasmani lebih penting
daripada intelek atau sebaliknya.
FPK merupakan dokumentasi rasmi yang
mencerminkan sistem pendidikan negara Malaysia. Para guru perlulah berpegang
kepada FPK tika menjelaskan tanggungjawab profesional mereka agar matlamat
pendidikan negara menjadi suatu kenyataan. Ini memerlukan penghayatan,
pemahaman dan keprihatinan para pendidik demi merealisasikan tujuan dan cita
yang tersisip dalam kandungannya. FPK menyumbang implikasi terhadap sistem
pendidikan negara ini, umpamanya kurikulum, pendidik dan institusi pendidikan
yang merujuk perhubungan di antara manusia dengan manusia, manusia dengan alam
(ilmu sains) dan manusia dengan Tuhan (ilmu teologi). Falsafah ini menjadi
tunjang kepada sistem pendidikan negara di Malaysia. Maka, semua perancangan
dan aktiviti pendidikan memancarkan pancaran nilai dan barisan prinsip yang
terkandung dalam FPK.
Pertama, FPK menyumbang implikasi terhadap
kurikulum sekolah selaras dengan cita dan tujuan FPN. Implikasi ini meliputi
perubahan silibus berorientasi program bersepadu, perubahan input pelajaran
yang mengutamakan penyerapan nilai murni, perubahan program pendidikan
berorientasi pelahiran yang seimbang dan harmonis, reformasi pendidikan
berorientasi pendidikan umum dan perubahan silibus yang sesuai untuk melatih
kemahiran pelajar dalam bidang vokasional dan teknologi.
Kedua, FPK menekankan perubahan sikap
pendidik dan professional ketika menjalankan tugas sejajar tujuan dan dasar
FPK. Item ini melibatkan perubahan sikap peribadi pendidik dengan pandangan dan
visi yang positif serta perubahan profesional menerusi pengubahan strategi dan
teknik Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang diterima audiens (para
pelajar).
Ketiga, FPK menyumbang implikasi kepada
institusi pendidikan. Perubahan struktur dan organisasi sekolah ke arah
pewujudan situasi yang sesuai. Kenyataan ini meliputi perubahan infrastruktur
supaya para pelajar berpeluang mengembangkan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu, perubahan aktiviti budaya sekolah yang lebih kondusif demi pemupukan
nilai-nilai murni dalam jiwa pelajar dan perubahan iklim sekolah yang kondusif
demi pelahiran pelajar yang cintakan ilmu, lantas membentuk budaya membaca
dalam kalangan mereka.
Jelaslah terbukti bahawa FPK menggariskan
norma-norma yang seharusnya diamalkan demi pelaksanaan sistem pendidikan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Falsafah ini penting dalam penghasilan
individu yang menjadi hasrat negara. Ia sememangnya mempunyai hubungan yang
rapat dengan Huraian Sukatan Pelajaran khasnya dalam beberapa aspek. Antaranya
:
·
Rohani
·
Jasmani
·
Bakat
·
Akhlak
·
Sosial
·
Nilai–nilai
estetika
(a) Intelek
Intelek merujuk kamus dewan bermakna
kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisa), akal budi, golongan –
golongan cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar. Di sini
jelas Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu berperanan dalam melahirkan insan yang
berintelek tinngi dan berketerampilan. Sesuai dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang bermatlamatkan melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, jasamani, rohani.
Oleh sebab itu, Kurikulum Sukatan
Pelajaran berperanan membantu para guru bagi merancang pengajaran secara
tersusun, dan terancang bagi melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai
intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif. Mampu memjadi
seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan mampu bersaing di antara satu
sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar Pendidikan negara kita.
Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi.
(b) Rohani
Dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan begutu menekankan aspek rohani dan dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu boleh menekankan aspek rohani ini ke dalam jiwa kanak–kanak atau
murid–murid. Aspek nilai–nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Dalam
pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai murni boleh diterapkan ke dalam diri
murid–murid seperti nilai–nilai kasih sayang, bekerjasama, disiplin,
tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai lagi. Jika nilai–nilai ini
dapat disemat ke dalam diri murid–murid, murid–murid akan bersikap lebih
keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak mereka. Mereka bersikap lebih
baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan perkara–perkara negatif. Dengan
kata lain, sikap mereka akan lebih menjadi positif dan bertambah mulia.
(c) Jasmani
Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga boleh
menekankan aspek jasmani. Di samping rohani murid yang sihat, aspek fizikal
jasmani murid pula perlu sihat dan cergas. Guru boleh menggabungjalinkan mata
pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan dalam bahasa Melayu dengan
menyelitkan elemen–elemen kesihatan. Contohnya pengajaran tentang petikan
kesihatan berkaitan penjagaan diri, kebersihan diri, makanan seimbang ataupun
mengajar tentang pergerakan yang melibatkan pergerakan fizikal seperti
melakukan lompatan, angkat tangan, memegang sesuatu, dan pelbagai lagi.
(d) Bakat
Dalam kalangan murid–murid kita mempunyai
bakat–bakat tertentu seperti menyanyi, berlakon, bersyair, bersajak, menari,
dan pelbagai lagi. Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen bakat
ini. Dalam pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu misalnya, pelbagai aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan. Antaranya aktiviti lakonan,
mendeklamasi sajak, main peranan, bersyair, dan pelbagai lagi. Dengan ini,
bakat murid–murid akan dapat dicungkil. Tambahan pula, banyak pertandingan
seperti bercerita, nyanyian, pidato, berbalas pantun dan pelbagai lagi
dianjurkan, sama ada di peringkat zon, daerah, negeri, mahu pun kebangsaan,
bagi mecungkil bakat.
(e) Akhlak
Akhlak yang baik sangat dituntut dalam
agama Islam. Begitu juga dengan agama lain yang inginkan umatnya mempunyai budi
perkerti dan akhlak yang baik. Dalam pengajaran Bahasa Melayu juga dapat
merealisasikan aspek ini. Guru perlu menerapkan nilai–nilai murni ke dalam diri
murid–murid. Contohnya, membantu rakan, menghormati orang tua mahu pun orang
yang lebih muda, memberi salam, dan pelbagai lagi.
(f) Sosial
Sosial juga penting dan harus diserap ke
dalam diri murid–murid sekolah. Sosial ini boleh dilakukan dengan menjalankan
aktiviti seperti lakonan, perbincangan, dan lain–lain lagi. Guru perlu
menggalakkan para pelajar bergaul mesra dengan rakan–rakan, dengan guru–guru,
dan dengan sesiapa sahaja supaya pergaulan atau aktiviti sosial mereka lebih
baik. Apabila sosial mereka baik dengan persekitaran dan masyarakat mereka
dapat bergaul mesra dan dapat berkomunikasi dengan baik. Sifat pemalu dapat
dihindari dari dalam diri sesetengah murid.
(g) Nilai – nilai estetik.
Nilai–nilai estetik adalah berkaitan
dengan keindahan. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, nilai–nilai estetik ini dapat
dilihat dari segi keindahan bahasa itu sendiri. Contohnya, dalam pengajaran
puisi seperti sajak, pantun, gurimdam, seloka, syair, dan pelbagai lagi.
Keindahan bahasa yang terdapat dalam puisi ini memang wujud dan dapat dirasai
kehadirannya. Contohnya penggunaan gaya bahasa dalam sajak, novel, cerpen, dan
lain-lain seperti metafora, personafikasi, dan lain – lain.
5.0 Hubungan Kandungan
Sukatan Pelajaran Dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan
peringkat rendah adalah pendidikan yang bertujuan untuk melahikran insan yang
seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi, dan jasmani selaras dengan hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah dan Falsafah Pendidikan Negara. Pada peringkat ini, Bahasa Melayu
diajarkan sebagai mata pelajaran wajib, selaras dengan status Bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bahasa Melayu perlu dikuasai
pada peringkat awal bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu
pengetahuan, seperti kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah memuatkan
senarai kemahiran asas berbahasa dan tatabahasa yang perlu dikuasai oleh murid
dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Kemahiran-kemahiran berbahasa ini meliputi
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca, dan menulis. Tatabahasa pula
meliputi aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu (Abdullah Hassan, 1996).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah ini pula mengandungi perincian, penjelasan serta huraian tentang
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Di dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini,
dimuatkan senarai kecekapan berbahasa dalam kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca, menulis, tatabahasa, penjodoh bilangan, peribahasa, dan perbendaharaan
kata yang sesuai bagi peringkat persekolahan murid. (Roselan Baki, 2003).
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
untuk Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina (C) dan Tamil (T) disempurnakan
dengan mengambil kita tahap kebolehan dan kemampuan murid di SJK(C) dan (T).
Oleh itu, Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu untuk SJK(C) dan (T) agak
berbeza daripada Sekolah Kebangsaan dari segi huraian, senarai kemahiran berbahasa,
contoh-contoh peribahasa, tatabahasa, dan jumlah perbendaharaan kata yang
dicadangkan.
Huraian Sukatan Pelajaran ini merupakan
satu cadangan, dan guru-guru tidak seharusnya terikat kepada cadangan-cadangan
yang dikemukakan. Sekiranya didapati ada di antara cadangan-cadangan ini tidak
sesuai dengan keadaan bilik darjah, guru-guru boleh mengubah dan
menyesuaikannya dengan kebolehan dan kemampuan murid. Huraian sukatan pelajaran
ini juga boleh digunakan untuk merancang pengajaran dan pembelajaran mengikut
penggal, mingguan, dan harian di dalam bilik darjah (Prof. Madya Dr. Nuraini
Yusoff, 2003).
Matlamat mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah rendah ialah untuk melahirkan murid yang berketrampilan berbahasa dan
menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Negara, bahasa
perpaduan dan bahasa imu, sesuai dengan semangat Rukun Negara dan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu usaha yang berterusan kea rah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan usaha ini adalah
semata-mat bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan dan berakhlak mulia.
Untuk melihat sama ada objektif Sukatan
Pelajaran dapat dikaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, adalah lebih elok
bagi kita melihat dahulu apakah objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang
digubal oleh Kementerian Pelajaran untuk rakyat Malaysia. Dengan ini barulah
kita dapat melihat adakah Sukatan Pelajaran yang digubal selama ini mempunyai
kaitan atau menjiwai ‘roh’ dan semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Jika ia
mempunyai kaitan, kita telah pun berada di jalan yang betul dalam usaha untuk
memartabatkan semangat Falsafah Pendidikan melalui Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu yang diajar di sekolah rendah di Malaysia. Cuma beberapa pendekatan yang
terbaik perlu diberi tambah nilai dari masa ke semasa untuk memantapkan
pengakaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.
Menurut kandungan Sukatan Pelajaran,
setelah mengikuti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah,
murid-murid dapat:
• Mendengar, memahami dan
menghayati pertuturan yang terdapat dalam kehidupann sehari-hari;
• Bertutur dengan petah dan
mengeluarkan buah fikiran yang bernas serta menggunakan bahasa yang sesuai dan
bertatasusila;
• Membaca dan memahami isi
bacaan yang sesuai dengan kematangan;
• Menjadikan pembacaan sebagai
satu kebiasaan dan amalan bagi mendapatkan pengetahuan dan hiburan;
• Menulis pelbagai jenis
karangan dan surat kiriman mengikut tajuk dan format yang betul;
• Memahami dan mengisi borang
yang sesuai dengan betul;
• Menghargai dan menghayati
nilai-nilai estetika dalam karangan prosa dan puisi;
• Menggunakan Bahasa Melayu
untuk memperoleh pelbagai ilmu;
• Menggunakan Bahasa Melayu yang
betul dalam lisan dan penulisan;
• Memberi makna dan menggunakan
peribahasa dalam konteks yang betul dan sesuai;
• Menggunakan Bahasa Melayu
dengan berkesan untuk berkomunikasi antara ahli masyarakat yang berbilang keturunan.
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah menekankan penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan. Ini selaras dengan usaha
memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Namun demikian,
guru-guru adalah digalakkan untuk menggunakan pelbagai kaedah mengajar yang
sesuai dengan kebolahan murid (Roselan Baki, 2003). Keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu
mengajar yang dapat merangsang dan menggalakkan murid-murid berkomunikasi,
berinteraksi dan berfikir.
Sebelum kita melihat dengan lebih lanjut
kaitan antara Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan strategi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, adalah lebih baik kita lihat bentuk-bentuk strategi
pengajaran dan pembelajaran.
Penggabungjalinan memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan
dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan, sama ada
kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa, atau kemahiran daripada mata
pelajaran lain.
Dalam pengajaran Bahasa Melayu,
unsur-unsur ilmu dan nilai-nilai murni juga boleh diserapkan. Penyerapan ini
mengandungi pelbagai bidang ilmu seperti Sains, Matematik, Sejarah dan
lain-lain.
Dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah,
program pengayaan perlu diberi penekanan kerana keadaan murid yang berbeza dari
segi kebolehan, keupayaan, bakat dan minat. Bahan-bahan yang berbeza hendaklah
diberi kepada murid-murid sama ada untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad
kerja, permainan dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid-murid
yang telah menguasai kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang telah
ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Murid-murid yang belum menguasai
kemahiran-kemahiran asas dalam tempoh yang telah ditetapkan disedikan dengan
program atau aktiviti pemulihan. Bahan-bahan untuk program ini terdiri daripada
kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Perlaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai
sesuatu kemahiran.
Penilaian merupakan sesuatu aktiviti
untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian dianggap sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah
dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan susulan yang perlu diambil
ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan atau pengayaan.
Setelah itu barulah dapat dipastikan jenis aktiviti pemulihan atau aktiviti
pengayaan yang sesuai bagi murid-murid. Dengan cara yang sedemikian, selain
mengetahui tahap pencapaian, kelemahan murid dapat dipulihkan sebelum
kelemahan-kelemahan pembelajaran terkumpul di tahap yang lebih tinggi.
6.0 Hasrat
KSSR
Bermula tahun 2011, semua sekolah
akan menggunakan satu kurikulum baru yang dikenali sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR). Kurikulum ini akan dijalankan secara berperingkat di
seluruh Malaysia bermula Tahun 1 2011. Kurikulum ini selaras dengan
perkembangan dan permintaan semasa yang menuntut modal insan yang lebih
berkualiti sejajar dengan zaman yang serba maju dan canggih kini.
Reka bentuk kurikulum transformasi KSSR
dapat dilihat terdapat enam tunjang yang membawa kepada perkembangan individu
secara seimbang dengan pemikiran kreatif dan kritis serta mempunyai pemikiran
inovasi yang tinggi. Setiap tunjang ini mempunyai penegasan dan fokus
tersendiri iaitu kategori bidang ilmu yang relevan dengan keperluan setiap tunjang.
Dalam tunjang yang pertama iaitu tunjang
komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabungjalinkan kemahiran
berbahasa semasa berinteraksi. Interaksi yang dimaksudkan sama ada berlaku
dalam bentuk verbal dan juga non-verbal dalam bahasa pengantara yang digunakan bagi tujuan pengajaran
dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah. Melalui tunjang komunikasi, murid didedahkan dengan kemahiran berbahasa seperti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis selain nilaitambah kemahiran menaakul.
Murid dituntut menguasai
kemahiran-kemahiran di bawah bidang pembelajaran dalam tunjang komunikasi
kerana ia memberi kesan kepada proses pemerolehan ilmu pengetahuan,kemahiran
dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Tunjang kerohanian,sikap dan nilai
iaitu tunjang yang kedua pula menekankan aspek kerohanian, sikap dannilai perlu
dibangunkan dengan berkesan supaya insan yang dihasilkan melalui system pendidikan
negara memahami, menghayati dan seterusnya mengamal nilai dan norma kemasyarakatan
yang mencerminkan keperibadian yang menepati identiti Malaysia.Tunjang ini juga
memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang fokus kepada pengamalan ilmu
agama dan kepercayaan, sikap dan nilai. Maka, bidang ilmu yang relevan dengan
perkara tersebut seperti Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menjadi teras
kepada ini.
Tunjang
ketiga iaitu tunjang kemanusiaan yang dibina sejajar dengan keperluan
pendidikan di Malaysia yang bertanggungjawab menyediakan individu yang bukan hanya
memahami, malah menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai berkaitan kemasyarakatan & alam sekitar setempat, negara dan global.
Kesedaran tentang perkara ini akan
mendorong kepadapengupayaan konsep pembangunan berterusan (sustainable
development ) dan pembangunan sumber tenaga berterusan (sustainable and renewal
energy). Selain itu,tunjang ini juga memberi penekanan kepada penghayatan
semangat patriotisme danperpaduan. Dalam
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum,budaya dan agama, agenda
perpaduan perlu dijadikan agenda utama yang menjadi teras kepada
usahapembangunan negara. Di samping itu, semangat patriotisme perlu ditanam
dalam diriindividu bermula dari peringkat awal persekolahan lagi. Oleh yang demikian,tunjang kemanusiaan
memberi ruang untuk perkembangan dan pembangunan ilmu, kemahirandan nilai yang
ada perkaitannya dengan bidang ilmu Sains Sosial seperti PendidikanSivik dan
Kewarganegaraan, Sejarah, Geografi dan unsur-unsur Pendidikan AlamSekitar.
Seterusnya,
Tunjang Ketrampilan Diri yang menjurus
kepada salah satu agenda pembangunan modal insan iaitu pembentukan individu
yang mempunyai keperibadian berketrampilan (Towering Personality). Individu
tersebut mempamerkan ciri-ciri seperti mempunyai jati diri yang kukuh, berdaya
saing, berilmu pengetahuan, berintegriti,patriotik, rasional dalam tindakan dan
mengamalkan nilai murni dalam kehidupanhariannya. Ciri-ciri ini tidak mampu
dijelmakan dan dinilai melalui pentaksiran bertulis.Namun, pengamalan dan
penghayatan nilai dan ciri tersebut mampu ditonjolkan melalui penglibatan dalam
aktiviti(kurikulum) dan kegiatan
kokurikulum yang dilaksanakan diperingkat sekolah, daerah mahupun kebangsaan.
Tunjang ketrampilan diri memberi tumpuan kepada pemupukan kepimpinan dan
sahsiah diri melalui aktiviti kokurikulum.
Penglibatan dalam aktiviti sedemikian memberi ruang dan peluang kepada
individu murid untuk menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari
di bilikdarjah dan mengamalkannya dalam penglibatan
dalam kegiatan kokurikulum di luar sekolah. Penglibatan dalam kegiatan
kokurikulum memberi peluang kepada murid
memperkembangkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, keluarga,
masyarakatdan negara.
Tunjang Fizikal dan Estetika pula merupakan
tunjang yang mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk
melahirkan insan seimbang darisegi jasmani, rohani, emosi dan inteleknya. Kesihatan jasmani murid
menjaminpembangunan potensi murid dalam domain yang lain. Perkembangan jasmani
dan kesihatan murid harus selari dengan keperluan fizikal dan peringkat umur
dan tahapkematangan murid. Bidang pembelajaran yang berkaitan ilmu Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan merupakan teras ilmu dalam menterjemahkan hasrat tunjang
ini. Selain aspek fizikal, potensi estetika murid juga perlu diberi penekanan.
Potensi
estetika merujuk kepada pemupukan kreativiti, bakat dan apresiasi yang dapat
digunakan dalam melahirkan ekspresi diri. Kreativiti, bakat dan apresiasi dapat dipupuk
melalui amalan dan latihan dalam bidang ilmu kesenian terutamanya pendidikan
seni visual dan muzik.Sejajar dengan perkembangan komunikasi teknologi maklumat,
reka bentuk tunjangliterasi Sains dan Teknologi adalah bertujuan untuk memenuhi
keperluan tersebut impak cabaran abad ke-21 menuntut supaya modal insan yang
dibangunkan perlu dilengkapi dengan ilmu, kemahiran dan nilai berteraskan sains
dan teknologi. Di peringkat asas, murid
perlu menguasai pengetahuan, kemahiran dan sikap saintifik berkaitan numerasi,
proses sains, kemahiran menganalisis di samping kemahiran ICT.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan
fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian,
sikap dan nilai.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan
Kebangsaan. KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi
(MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak
pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know),
belajar untuk bertindak (learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning
to live together) dan belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
Murid yang
mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: -
- Insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial
- Warganegara yang bertanggungjawab
- Warganegara yang boleh berperanan di arena global (Global Player)
-Pekerja berilmu
7.0 Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Ke Arah Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dari segi pelaksanaan, majoriti guru besar dan guru-guru telah
mamahami reka bentuk KSSR yang berasaskan enam tunjang utama dan penggunaan
Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan standard pembelajaran)
sebagai bahan kurikulum menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan
Pelajaran. Mereka mampu menjelaskan fungsi KSSR yang member fokus terhadap 4
kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Kemahiran menaakul
perlu diajar selari keperluan untuk menyediakan murid dengan kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis.
Elemen-elemen yang terdapat di dalam KSSR
yang dirujuk sebagai nilai tambah kepada Elemen Merentas Kurikulum:
·
Kreativiti
dan inovasi
·
Keusahawanan
·
Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Pendekatan modular yang diterapkan dalam KSSR berupaya membantu guru
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih terancang dan murid dapat
mencapai standard pembelajaran yang ditetapkan. Dalam melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang
berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat
menyeronokkan. KSSR akan menimbulkan minat kepada murid untuk belajar.
Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid
terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat
kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas.
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
dibina berasaskan enam tunjang iaitu tunjang Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan
Nilai; Kemanusiaan; Literasi Sains dan Teknologi; Fizikal dan Estetika; dan
Keterampilan Diri. Enam tunjang tersebut merupakan domain utama yang menyokong
antara satu sama lain dan disepadukan dengan pemikiran kritis, kreatif dan
inovatif. Kesepaduan ini bertujuan untuk membangunkan modal insan yang
seimbang, berpengetahuan dan berketerampilan. Beberapa penamahbaikan telah
dibuat dalam standard kurikulum Bahasa Malaysia. Antara penambahbaikan ialah
penekanan aspek tatabahasa yang diajarkan secara khusus dalam waktu yang
diperuntukan dan aspek Seni Bahasa diperkenalkan untuk membolehkan murid
mengapresiasi keindahan seni dalam bahasa melalui unsur didik hibur. Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia ini dijelmakan dalam standard kandungan dan standard
pembelajaran yang lebih memfokuskan keupayaan murid berkomunikasi.
Pengajaran yang berpusatkan
murid serta kemahiran bernilai tambah dapat memantapkan penguasaan kemahiran
bahasa dan mereka berkemampuan untuk meneroka ilmu pengetahuan dengan lebih
luas. Standard kurikulum ini juga memberi penekanan kepada penerapan nilai
murni dalam membentuk insan yang sempurna dan berkembang secara menyeluruh
daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui pengajaran
secara teori dan amali. Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam suasana
yang kondusif perlu untuk membantu merangsang dan meningkatkan kreativiti dan
minat murid untuk belajar dengan berkesan. Standard kandungan ini mengutamakan
pendemokrasian pendidikan kepada semua murid sekolah rendah ke arah
merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Rajah 1: Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan,
ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan
harian.
Murid yang mengikuti pengajaran dan
pembelajaran Standard Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk :
i. mendengar, mengecam, mengajuk
dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan
teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan
menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa
dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan
memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan
pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta
menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam
situasi formal dan tidak formal
dengan betul secara bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan
menceritakan semula perkara yang didengar
menggunakan sebutan yang jelas
dan intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber dengan tepat secara
bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan
pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai
sumber secara bertatasusila;
viii. membaca, memahami
perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang
jelas dan intonasi yang betul;
ix. membaca dan memahami maklumat
yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan
betul;
x. membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
xi. membaca pelbagai bahan bacaan
bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
xii. melakukan aktiviti
pramenulis dengan betul;
xiii. menulis secara mekanis
dengan betul dan kemas;
xiv. membina dan menulis
perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xv. menulis imlak dengan tepat.
xvi. mencatat dan menulis untuk
menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun;
xvii. menghasilkan penulisan
kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xviii. mengedit dan memurnikan
hasil penulisan;
xix. menulis ulasan berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xx. menggunakan sistem bahasa
yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan;; dan
xxi. menghayati dan mengamalkan
nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui
aktiviti berbahasa.
Pada akhir pembelajaran bahasa
Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan
pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan
bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi
pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.
8.0 KANDUNGAN STANDARD DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MALAYSIA KSSR
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia
Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan
Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid.
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa
dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum. Standard ini
digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran
yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan dan juga di sekolah jenis kebangsaan.
Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada
bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai
murni yang perlu dikuasai oleh murid.
8.1 Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut
diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
8.2 Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang penetapan kriteria
untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard
kandungan.
8.3 Kemahiran
Kandungan Standard Kurikulum
Bahasa Malaysia mengandungi aspek kemahiran berbahasa, seni bahasa dan
tatabahasa. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur,
kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras
penguasaan bahasa baku.
Kemahiran mendengar merujuk kepada keupayaan murid mendengar
dengan teliti dan memahami perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan
seperti bersoal jawab, ucapan, lakonan dan perbincangan. Murid juga perlu
menghayati dan memberi respons yang betul kepada perkara yang didengar.
Kemahiran bertutur pula merujuk kepada keupayaan murid berbicara secara lisan
untuk hubungan sosial, menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kritis dan kreatif. Penekanan diberi pada sebutan dan intonasi yang betul
serta pengucapan yang bertatasusila serta menggunakan tatabahasa yang betul.
Kemahiran
membaca merujuk kepada keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda dan kelancaran yang betul dengan menggunakan pelbagai teknik
bacaan. Penekanan perlu juga diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan ilmu, dan bahan sastera dan bukan sastera secara kritis.
Kemahiran menulis merujuk kepada
keupayaan murid menulis perkataan dan ayat, serta mengeluarkan idea melalui
pelbagai jenis penulisan kreatif dan bukan kreatif yang berkaitan dengan ilmu
pengetahuan dan pengalaman peribadi. Penekanan juga diberi pada penulisan yang
menggunakan ayat yang gramatis, tanda baca dan tatabahasa serta ejaan yang
betul dengan tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalak menggunakan
kreativiti mereka untuk menghasilkan bahan penulisan.
Aspek seni bahasa merujuk
kepada keupayaan murid mengungkap dan mengapresiasi keindahan bahasa, memahami
dan menghargai bahasa melalui pembelajaran yang menyeronokkan menerusi
kepelbagaian aktiviti secara didik hibur. Murid juga dapat menggunakan
kreativiti mereka dalam melahirkan idea melalui penulisan dan lisan. Seni
bahasa memberi penekanan kepada keindahan bahasa yang dipelajari oleh murid
melalui teknik penyampaian yang menarik dan menyeronokkan seperti bernyanyi,
bercerita, berlakon dan berpuisi. Pembentukan ayat yang menggunakan simile,
peribahasa, bahasa kiasan dan personafikasi yang terdapat dalam puisi dan
penulisan kreatif juga menampakkan keindahan dan seni dalam bahasa Melayu.
Keindahan bahasa yang digunakan semasa aktiviti seni bahasa ini dapat membantu
murid memantapkan lagi kemahiran berbahasa mereka.
Aspek tatabahasa merujuk
kepada keupayaan murid menguasai perkara asas dalam pembentukan kata dan ayat
serta menggunakan tatabahasa mengikut cara dan sistem yang betul semasa membina
ayat. Selain itu, aspek sebutan, intonasi dan semantik serta penggunaan
peribahasa dan perbendaharaan kata yang betul juga diberi penekanan. Pengajaran
dan pembelajaran tatabahasa diberi penekanan melalui penggabungjalinan
kemahiran bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran.
Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia menekankan beberapa aspek dalam pengajaran merangkumi
fokus utama, fokus sampingan, objektif, aktiviti, pentaksiran, pengayaan dan
pemulihan. Isi kandungan modul boleh diubahsuai mengikut kreativiti guru dan
kebolehan murid.
Kesemua aspek ini dijelmakan
mengikut keutamaan berikut:
Tema
Tajuk
Fokus Utama
Fokus Sampingan
Objektif
Pengisian Kurikulum
Sistem Bahasa
Media
Strategi Pengajaran dan
Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran
memuatkan aktiviti yang menjurus kepada pencapaian objektif. Aktiviti-aktiviti
ini ditulis menggunakan beberapa langkah pengajaran yang menggabungjalinkan
aktiviti-aktiviti fokus utama dan fokus sampingan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran ini juga memuatkan aspek pentaksiran, pengayaan dan pemulihan
serta latihan-latihan yang berkaitan. Semua maklumat tentang strategi ini
dipaparkan dalam tiga lajur iaitu aktiviti, pengisian kurikulum dan catatan.
Pentaksiran dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran merupakan proses
penilaian untuk menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran tercapai. Oleh itu, pentaksiran perlulah dijalankan berterusan
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran. Hanya melalui pentaksiran yang
berterusan guru dapat memastikan tindakan susul yang perlu diambil ke atas
seseorang murid, sama ada untuk memberi latihan pemulihan atau pengayaan.
Aspek pemulihan pula disediakan untuk membantu
murid yang belum menguasai kemahiran agar dapat memahami pengajaran dalam
tempoh yang ditetapkan dengan penggunaan
bahan yang berbeza dan sesuai
dengan kebolehan mereka. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta,
bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan
secara berperingkat daripada yang
mudah kepada yang sukar. Latihan yang diberi perlu mengikut kemampuan murid dan
kadar masa untuk mereka menguasai sesuatu kemahiran.
Aspek
pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah mengikut kecerdasan murid yang berbeza dari segi
kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang membuat latihan pengayaan
ialah murid yang dikesan telah menguasai kemahiran yang diajar melalui
pentaksiran yang diberi. Murid ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza
daripada murid pemulihan. Bahan yang digunakan perlu lebih mencabar minda dan
digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru yang paling minima.
Bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad permainan bahasa dan bahan-bahan untuk
aktiviti boleh diberikan kepada murid.
Aktiviti pengayaan dan pemulihan hendaklah dijalankan secara
serentak. Guru perlu memberi penjelasan cara melakukan latihan pengayaan dan
memberi ruang untuk murid tersebut membuat latihan yang diberi secara sendiri.
Pada masa yang sama guru perlu memberi tumpuan untuk membimbing murid yang
lemah menjalankan aktiviti pemulihan.
9.0 Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard
kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan
keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa
dan masa hadapan. Elemen merentas kurikulum yang sedia ada adalah seperti Bahasa,
Sains dan Teknologi, Pendidikan Alam Sekitar, Nilai Murni dan Patriotisme.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
Elemen merentas kurikulum yang baharu, iaitu Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi dikenal pasti sebagai pelengkap kepada usaha memantapkan kualiti pelaksanaan KSSR.
Guru hendaklah memastikan kesemua elemen merentas kurikulum diterapkan secara efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran demi melahirkan insan yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Hubungan elemen merentas kurikulum yang sedia ada dan baharu dalam pembangunan insan yang seimbang digambarkan melalui rajah di bawah.
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur
nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain
yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat
menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Pengisian kurikulum tersebut
merangkumi perkara-perkara yang berikut:
9.1 Ilmu
Ilmu
merangkumi pelbagai bidang ilmu dan disiplin, contohnya ilmu dalam bidang
sains, dan geografi dapat digunakan untuk memperkembangkan ilmu bahasa dan kemahiran
bahasa. Ilmu lain yang berkaitan dengan hal-hal semasa juga boleh
dipertimbangkan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
9.2 Nilai Murni
Penyerapan nilai murni dalam Kurikulum
Bahasa Malaysia bertujuan melahirkan insan yang
berketerampilan
dan memiliki akhlak yang mulia. Selain itu, penghayatan dan amalan murni dapat
membentuk generasi muda yang berhemah tinggi dan berkeperibadian luhur.
Pemahaman dan kesedaran tentang nilai murni dalam masyarakat Malaysia harus dipupuk
secara langsung atau tidak langsung selaras dengan nilai-nilai sejagat. Antara
nilai murni ialah:
- Baik hati
- Berdikari
- Hemah tinggi
- Hormat-menghormati
- Kasih sayang
- Keadilan
- Kebebasan
- Keberanian
- Kebersihan fizikal dan mental
- Kejujuran
- Kerajinan
- Kerjasama
- Kesederhanaan
- Kesyukuran
- Rasional
- Semangat bermasyarakat
Seseorang guru mestilah meletakkan nilai
yang hendak diterapkan dalam pengajaran.
Nilai-nilai
tersebut perlulah selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan
keseimbangan
dari segi intelek, rohani , emosi, dan jasmani.
9.3 Patriotisme
dan Kewarganegaraan
Elemen patriotisme dan kewarganegaraan
dalam pendidikan Bahasa Malaysia mengutamakan pemupukan semangat cinta dan taat
akan negara, serta berbangga sebagai rakyat Malaysia. Semangat patriotisme dan
kewarganegaraan dipupuk melalui mata pelajaran dan aktiviti kokurikulum
bertujuan untuk melahirkan warganegara yang mempunyai jati
diri, cinta akan
bahasa dan bangsa, serta meningkatkan komitmen individu terhadap negara.
9.4 Peraturan
Sosiobudaya
Peraturan sosiobudaya dalam Kurikulum Bahasa
Malaysia merangkumi kesantunan bahasa, laras bahasa dan peribahasa yang
diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Peraturan
sosiobudaya ini
mencerminkan falsafah dan keperibadian masyarakat Malaysia.
9.5 Sains dan
Teknologi
Penerapan empat unsur sains dan teknologi
dalam mata pelajaran lain dilaksanakan melalui kandungan, aktiviti dan bahan
atau prasarana. Antara unsurnya ialah pengetahuan sains dan teknologi. Kemahiran
saintifik dan penggunaan teknologi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
9.6 Pendidikan
Alam Sekitar
Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk
menanam sikap mencintai dan menyayangi alam sekitar dalam jiwa murid. Aktiviti
berkaitan dengan alam sekitar boleh memberikan kesedaran dan membentuk etika
murid untuk menghargai alam.
9.7 Kreativiti
dan Inovasi
Elemen kreativiti dan inovasi perlu
diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan
mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan individu murid.
Selain itu, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan
atau tindakan baharu. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasi
idea, serta kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu
digandingkan dalam pengajaran dan
pembelajaran untuk
membangunkan modal insan yang dihasratkan.
9.8 Keusahawan
Elemen keusahawanan merentas kurikulum merupakan
satu pendekatan membudayakan
keusahawanan.
Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawan serta amalan nilai moral dan
etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan membentuk
ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan
murid.
9.9 Teknologi
Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK) diaplikasikan dan diintegrasikan supaya murid dapat belajar
mengenai perkakasan dan perisian. Selain itu, guru dan murid menggunakan TMK
sebagai alat untuk mengajar dan belajar. Murid juga belajar melalui TMK
untuk mengakses
maklumat dan ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti internet dan
lain-lain untuk meluaskan penerokaan ilmu pengetahuan dalam urusan kehidupan.
9.10 Kemahiran
Bernilai Tambah
Kemahiran
bernilai tambah merupakan salah satu elemen yang terkandung dalam pengisian
kurikulim. Penekanan kepada unsur
bernilai tambah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia(KSSR) atau Bahasa Melayu(KBSR) dapat membentuk murid-murid menjadi
seorang yang lebih berkeyakinan.
Kemahiran bernilau tambay yang dimaksudkan ialah :
A) Kemahiran Berfikir
Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan
aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif semasa aktiviti
mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Kemhairan berfikir merangkumi kemahiran murid mengkonsepsikan idea,
meyelesaikan masalah atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan
seharian dan kerjaya murid pada masa hadapan.
B)
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajar kepada murid
supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti
menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam
menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet.
C)
Kemahiran Belajar Cara Belajar
Kemahiran belajar cara belajar ini perlu
diajarkan kepada murid supayua mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang
berkesan. Penguasaan kemahiran ini
membolehkan murid-murid meningkatkan pengetahuan dan cekap bertindak untuk
menghadapi dunia yang sering berubah dan mengamalaknnya seumur hidup.
D) Kajian
Masa Depan
Kajian masa depan ialah satu pendekatan
pengajaran untuk mendidik murid –murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu
perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kin, dan masa depan. Ini bermakna murid-murid dapat membuat
ramalan, menjangka akibat serta
mengendalikan perubahan supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.
E)
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan pelbagai merangkumi verbal linguistik, logik-matematik,
muzik, kinestatik, visual-ruang, interpersonal, intrapersonal, dan
naturalis. Oleh itu, guru perlu
mengembangkan potensi kecerdasan murid-murid dengan menyediakan gaya
pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap
individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
F)
Pembelajaran Konstruktivisme
Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan
murid-murid yang boleh membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih
faham, yakin, dan seronok untuk belajar sepanjang hayat.
G) Pembelajaran Kontekstual
Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelaharan yang mengaitkan isi
pelajaran dengan pengalaman harian murid, masyarakat, dan alam pekerjaan. Pembelajaran ini disampaikan dalam
persekitaran yang pelbagai, secara konkrit serta melibatkan latih amal dan
berfikir. Pembelajaran berlaku apabila
murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan
menghayati kerelevenan pembelajaran dengan kehidupan mereka.
10.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA
MALAYSIA KSSR
10.1 Konsep 5P
Konsep
ini merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Konsep 5P
juga merupakan satu saranan supaya bidang kemahiran atau bahan pengajaran dan
pembelajaran
disampaikan
secara bersepadu dan tidak secara berasingan. Konsep 5P menekankan penggabungjalinan,
penyerapan, penilaian, pengayaan, dan pemulihan.
Dalam mencapai hasrat dan matlamat KSSR,
strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia perlu menekankan prinsip
5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal
ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang
berikut:
Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan
dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan,
sama ada
kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard
kandungan. Penggabungjalinan berlaku
antara :
·
Sekurang-kurangnya
dua kemahiran bahasa
·
Antara
kemahiran bahasa dengan tatabahasa
·
Antara
kemahiran bahasa dnegan kosa kata
·
Antara
kemahiran bahasa dengan peribahasa
Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia,
unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan.
Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata
pelajaran lain. Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai
murni dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Malaysia (KSSR) atau Bahasa Melayu (KBSR).
10.2 Contoh aktiviti penyerapan dalam pengajaran
Bahasa Melayu
Subjek: Bahasa
Melayu
Tahun: 4
Tema: Keluargaku
Sayang
Tajuk: Keluarga
Bahagia
Hasil
Pembelajaran: Membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk dalam sesuatu
penulisan teks tentang sesuatu tajuk.
Contoh aktiviti
:
Berdasarkan
gambar keluarga, murid diminta menulis
ayat tunggal dan
ayat majmuk.
Murid menyusun
ayat tunggal dan ayat majmuk yang
dibina menjadi
sebuah cerita tentang ‘Keluarga Bahagia’.
Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian
daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti
untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara
berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian
berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan
dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau
pengayaan.
Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk
membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh
yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan
maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat
daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut
kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pengayaan
Program pengayaan disediakan untuk
memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah
diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan
guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan
kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan
atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. Aktiviti pengayaan perlu diberikan penekana
kepada murid-murid berbeza tahap kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid yang menguasai pembelajran lebih awal
atau dalam jangka masa yang telah ditetapkan diberikan tugasan atau aktiviti
yang lebih mencabar untuk dilaksanakn secara bersendirian atau dengan bimbingan
guru.
10.3 Pendekatan Berpusatkan Murid
Strategi pengajaran dan pembelajaran
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia haruslah berpusatkan murid bagi
membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui
pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
10.4 Pendekatan Tematik
Pengajaran dan pembelajaran mata
pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan
pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan
kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata
pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini,
perancangan dan
penentuan tema
pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu
kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi
dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah
seperti yang
berikut:
Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan
sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini
diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap
ahli keluarga.
Kemasyarakatan
Tema ini merujuk tanggungjawab individu
dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan
kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah
rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat -
menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.
Kesihatan dan
Kebersihan
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan
dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan
kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan
kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.
Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi
diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai
diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan
keselamatan.
Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan
hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk
Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.
Kebudayaan,
Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika
merangkumi elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di
Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid
agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas
pembentukan jati diri warga Malaysia.
Jati diri,
Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan
kewarganegaraan merujuk kepada keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan
yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai
semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan
kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat
kekitaan dan
setia kepada negara.
Sains, Teknologi
dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk
ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan
kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan
kepada murid agar dapat melahirkan insane yang berupaya menjana idea untuk
menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
Alam Sekitar dan
Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau
merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan
kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi
akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta
bertanggungjawab dalam menjaga alam
sekitar dan teknologi hijau.
Pertanian dan
Penternakan
Tema pertanian dan penternakan memberi
murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan
penternakan
secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran
tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam
kehidupan.
Ekonomi,
Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
Tema ekonomi memberi murid pendedahan
perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan
pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran
tentang kepentingan bidang ekonomi dan membudayakan sikap keusahawanan dalam
kehidupan.
11.0 Aplikasi Komponen
Pengetahuan, Kemahiran, Nilai-Nilai Murni Dan EMK Dalam Pengajaran &
Pembelajaran Dan Jangkaan Terhadap Pembangunan Modal Insan.
Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.
Sebagai guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia saya, yakin dan percaya bahawa matlamat pendidikan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam FPK iaitu membina warganegara yang baik boleh dicapai. Sebagai guru, saya sedar bahawa setiap murid yang saya didik mempunyai potensi yang berbagai. Potensi tersebut merupakan modal insan yang dapat dibentuk dan dikembangkan lagi untuk mengupayakan setiap murid nanti memberikan sumbangan kepada pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Modal insan yang dinyatakan di dalam FPK mencakupi kecerdasan intelek, rohani, emosi dan kecergasan jasmani. Saya yakin, dengan mengaplikasikan secara berterusan, menyeluruh, bersepadu dan seimbang terhadap pengetehuan,kemahiran, nilai dan EMK menerusi mata pelajaran Bahasa Malaysia, pembangunan modal insan boleh dicapai.
Tugasan ini
memperlihatkan bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan tunjang kepada guru-guru dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai seorang pendidik yang harus berdasarkan Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu atau Dokumen Standard Kurikulum (Standard kandungan dan
standard pembelajaran) dalam setiap pengajaran dan pembelajaran
setiap hari.
Kejayaan bagi sesuatu pengajaran dan
pembelajaran adalah bergantung kepada kemahiran guru menyampaikan ilmu. Guru perlu mempunyai corak interaksi yang
menarik dan berkesan kerana ia memberi pengaruh yang amat besar terhadap pengubahan tingkah laku murid-murid
atau pelajar-pelajar. Perubahan tingkah
laku adalah hasil daripada proses pencapaian matlamat berdasarkan pemenuhan
keperluan pelajar dan di dalam suasana bilik darjah seseorang guru dapat
mengawal keperluan murid-murid. Rentetan
daripada itu, pengajaran yang efektig dapat dihasilkan dan membawa kepada pencapaian matlamat pembelajaran. Guru harus membuat penilaian terhadap
pengajaran yang dilakukannya bagi
mengenal pasti kelemahannya supaya dapat membuat penambahbaikan dalam p & p
seterusnya.
Rakyat Malaysia telah didedahkan dengan
cabaran Wawasan yang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara maju
menjelang tahun 2020 (Mahathir 1991).
Oleh itu,
Perubahan
yang berlaku pada abad inilah yang menjadi cabaran kepada pendidikan Bahasa
Melayu masa kini. Guru-guru mestilah sentiasa kreatif dan inovatif supaya
dapat merancang dan menyampaikan pengajaran dan pembelajaran (P & P) secara
berkesan, menarik dan menyeronokkan (didik hibur).
12.0 LAMPIRAN : RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Penutup
Para guru menjalankan
tugas berlandaskan garis panduan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Banyak tugas
guru yang perlu digalas demi untuk memenuhi matlamat pendidikan di negara kita ini.
supaya tidak hilang matlamat asal penubuhannya dan sekaligus menjadi identiti
sistem pendidikan di Malaysia ini. Guru
memainkan peranan juga dalam menjayakan FPK itu sendiri sekaligus akan menjunjung
aspirasi pendidikan yang mahu meletakkan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia.
Maka semestinya guru memainkan peranan yang penting untuk membentuk seseorang
pelajar dengan lebih berkesan sekali.Dengan penerapan unsur-unsur falsafah
pendidikan yang lebih jelas dalam proses pengajaran dan pembelajaran, maka
segala aspirasi dan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
tersebut dapat direalisasikan dengan jayanya bagi melahirkan individu yang
berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek rohani, intelek, emosi dan jasmani
seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan menjadi
kenyataan.
Peranan guru boleh dibahagikan mengikut
cabang falsafah yang menjadi pegangan para guru di Malaysia. Antara cabang-cabang berkenaan ialah
metafizik, epistemology, aksiologi, dan juga logik. Semua cabang ini mempunyai pengertian
masing-masing dan haruslah difahami oleh setiap guru di Malaysia demi
mnejayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, KBSR dan KSSR (yang akan
menggantikan KBSR) agar anak didik kita seimbang serta berjaya dalam semua
bidang yang diceburinya nanti. Dengan
penerapan unsure-unsur Falsafah Pendidikan yang lebih jelas dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, maka segala aspirasi dan hasrat yang terkandung
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut dapat direalisasikan
sejaya-jayanya.
Maka, hasrat
untuk melahirkan individu yang berilmu pengetahuan dan seimbang dari aspek
rohani, intelek, emosi, dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan menjadi kenyataan.
RUJUKAN :
Atan Long. 1976.Psikologi Pendidikan . Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.Bakar Nordin dan Ikhsan Othman. 2008.
Falsafah Pendidikan dan Kurikulum. Tanjung
Malim:Quantum Books.Edaris Abbu Bakri.2004.
Pengurusan Strategik:Konsep dan Aplikasi untuk Pendidikan.
UtusanPublications & Distributors Sdn. Bhd.Kamarudin Husin dan Siti Hajar
Abdul Aziz. 2004.
Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur:Kayazano Enterprise
Falsafah Pendidikan danKurikulum. Tanjung Malim: Quantum
Books.Edaris Abbu Bakri.2004.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Falsafah_Pendidikan_Kebangsaan