Thursday, June 13, 2013

Yang Baik-baik aje.. :)



CIRI-CIRI REKABENTUK PENTAKSIRAN


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgPfYm_eEgPH4yhV6wUIb-KoK5qM3tDSvjh6jUFfatP6EJlB3dG6h-_5uDXfgwMlxriI1XjHYrSXVQWVk_Xmclhauxaoe18mzdmsy4NE2qGxUNpoGjIX35XyGPe2XqI7zRjq8JI9pKvuS4/s1600/Picture2.png
 
 

Peranan Guru, Murid dan Ibu Bapa dalam PBS



Peranan guru dalam PBS 
 
 
Fasilitator (proses pembelajaran) Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran) Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid) Maklum balas (pembelajaran murid) Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh)
 
 

Peranan murid dalam PBS
 
 Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai. Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari. Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha. Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir.
 

Peranan ibu bapa dalam PBS
 
 
 Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan. Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber pentaksiran.

PERINGKAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


Klik gambar :)



PERINGKAT PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


 
 
1. Merancang
 
Peringkat sebelum sesuatu pentaksiran dilaksanakan. Ini memerlukan guru merancang perkara-perkara berikut:
                - Mengenal pasti murid yang hendak dinilaii
                - Menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai
                - Menentukan instrumen yang hendak digunakan
                - Menentukan aspek yang hendak diperhatikan
                - Menentukan  tempoh masa pemerhatian
                - Menentukan bila hendak menjalankan penilaian dan pentaksiran
 
 

2. Membina Instrumen
 
 
Semasa membina instrument, guru hendaklah pastikan bahawa instrumen tersebut perlulah mempunyai ciri-ciri berikut :
                - Tujuan yang jelas
                - Menepati apa yang hendak dinilai
                - Item boleh diukur
                - Setiap item hanya mengukur satu kemahiran sahaja
 

3. Melaksanakan Instrumen
 
 
Setelah reka bentuk siap dirancang, guru haruslah memikirkan bagaimana sesuatu pentaksiran tersebut akan dilaksanakan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pentaksiran dan penilaian boleh dilakukan melalui pemerhatian. Pemerhatian ialah pengamatan kepada perlakuan murid yang bersesuaian dengan perkembangan mereka. Dalam konteks pentaksiran, pemerhatian adalah satu kaedah yang sisitematik untuk mengumpul data atau maklumat dan merekodnya dengan tepat.


Bentuk Pentaksiran Bilik Darjah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhGV0eHGIZ3yBLInwie78X6e3grtEIuOyWUn9s5O2ElgRpDoQXHsSx0mQSkirkGf760ZrRmzz5GKd6kXKq2tCwslgoMvCOsPhAKMEP1yrf3L6NiXsx9LcpikK4tvlCv07YU8VfDl3U-6hY/s1600/REKA+BENTUK+PENTAKSIRAN+BILIK+DARJAH.png

BENTUK PENTAKSIRAN BILIK DARJAH

1. Pentaksiran Sebagai Pembelajaran (assessment as learning)
 
Ini adalah proses membentuk dan menyokong metakognisi bagi setiap murid. Pentaksiran sebagai pembelajaran memberi tumpuan atau memberi fokus terhadap peranan murid sebagai penghubung yang kritikal antara pentaksiran dan pembelajaran. Apabila murid bersifat aktif, terikat dengan pembelajaran dan berupaya menjadi pentaksir yang kritikal biasanya mereka memahami dan berupaya mengesan informasi dan maklumat, menghubungkaitkan informasi dan maklumat kepada pengetahuan berkaitan dan menggunakannya untuk tujuan pembelajaran.
 

2. Pentaksiran Untuk Pembelajaran (assessment for learning)
 
Ini adalah untuk membolehkan guru mendapatkan informasi bagi tujuan memodifikasikan dan mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya memaklumkan cara dan kaedah kebiasaan pembelajaran murid, dan mengenal pasti corak dan kaedah serta jalan yang diambil oleh murid dalam pembelajaran mereka. Ia memerlukan rekabentuk yang teliti dari guru agar informasi hasilan keputusan dapat menentukan bukan sahaja apa yang diketahui oleh murid tetapi turut mendapat pandangan mendalam bagaimana, bila dan sama ada murid sudah boleh mengaplikasi apa yang mereka tahu atau pelajari dalam pembelajaran mereka.
 

3. Pentaksiran Kepada Pembelajaran (assessment of learning)
 
Ini adalah berbentuk sumatif secara semulajadi dan digunakan untuk memastikan apa yang diketahui dan apa yang murid boleh lakukan, mendemostrasikan sama ada mereka berjaya mendapatkan atau memahami kehendak hasilan kurikulum serta kebiasaannya, menunjukkan bagaimana mereka ditempatkan atau diletakkan dan dihubungkaitkan dengan yang lain. Guru memberi tumpuan dan penekanan dalam memastikan mereka telah menjalankan dan menggunakan pentaksiran bagi tujuan memberikan dan membekalkan kenyataan yang tepat dan bermakna terhadap kebolehan murid.

Konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-5IOJ_uOm_odGyftTmHgN9-WtPSafKibTB34jBqZeEa_BYA26wwycHDjHFG8f9HjSJAOl95B2qr4PG9QQFhkeefoAHD5hsU6PtqR9DNkgdKkXg9MTqllU-LOcbcdMjwgQM6dWL0Tg9tiR/s1600/PBSJenisPentaksiran.png

Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian?

Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak.
 
 
 
 

Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran.


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgX4ROFDFUWo9XlLjYkQCbudh3DujLaHAtTQbHincM6QYWnrnjLmmH-cs6BsBub6YlU5-UpcBAPYFMR4_c7YTZmZZPtmuLDdTHUMIF6jFdlsp6GCr1IGbSfMZdj3MrsW_jhxk9NuphrEUo/s1600/Capture+2.PNGhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiwS9MY_AoTXDXYoIPatw1KV7fW_8oYXxLmWQtLPdi6OJw4AMKUjuhHG2MZTkikgVnC0UzPn3Ew4e08G7GWeM6jR9RdsVqPnkCgXKXJc6lL5StS-x1K8T4w97orxW-WEvTdcxffxiv4Nwg/s1600/Capture+4.PNGhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFKX4dfxOlsaIBOHbmzNcjt04dcuXR0V4LzKpq-CpnCFKnu5pjbDgSymN46YNvDTvs2Cy5NIpUHB1WU6SskxEpcjWpsSm6h3JRpxA7Fs2vCCIJTzNss3jRpxgyAv4LKFj0gQe9J1DvGes/s1600/Capture+3.PNG

Elemen Merentas Kurikulum



Elemen Merentas Kurikulum
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhTi1i69pp83Ih_LS3Xb_Ew75yaxg06XmYKQ5vVl5pu4OY6IJo7RZ4h5DqCGFcXcNiMB8TpKgw74j7GWSChyphenhyphen-AE9LMYUxyEpTyosmEIT4757miOk9tyVPVz1NuBtzCBk1W9hIIwFuetroM/s1600/perbezaan(1).jpg

Apakah EMK dalam pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah?
 
 

Elemen Merentas Kurikulum ialah
 unsur nilai tambah yang diterapkan dalam
 proses pengajaran dan pembelajaran
 selain yang ditetapkan dalam 
standard kandungan (BPK, 2010). 



Dalam KSSR EMK melibatkan elemen sedia ada iaitu
 bahasa; pendidikan alam sekitar; nilai murni; 
sains dan teknologi; dan patriotisme dan ditambah dengan
 elemen baru iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK),
 keusahawanan 
serta kreativiti dan inovasi.




Seperti yang digariskan dalam 
Dokumen Standard Kurikulum Standard. 
Sekolah Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia 
Sekolah Kebangsaan Tahun Dua (BPK, 2011),
 kreativiti adalah kebolehan atau kemampuan murid
 untuk mencipta; menyelesai masalah; menggunakan 
daya imaginasi dan idea kreatif untuk 
penghasilan idea tulen yang asli dan baharu. 




Manakala inovasi ialah menjana dan
 mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu.
 
 
 
 Kreativiti dan inovatif saling berkait rapat dan
 perlu dibangunkan dalam kalangan murid supaya
 mereka mempunyai daya cipta dan berkeupayaan 
menghasilkan idea dan ciptaan yang seterusnya
 menjadi amalan dalam kehidupan.