Friday, November 9, 2012

MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN


PANDUAN MELAKSANAKAN KAJIAN TINDAKAN

1 LANGKAH I : MENGENALPASTI 

 ISU /MASALAH/ SITUASI


1.1 Pusatkan perhatian terhadap isu utama yang berlaku
1.2 Mempercayai bahawa ia boleh diperbaiki
1.3 Libatkan persoalan yang boleh diperbaiki dan hadkan kepada persoalan yang kecil
1.4 Persoalan penting kepada anda (guru) dan pelajar
1.5 Sebaik-baiknya dilakukan secara kolaboraif


2 LANGKAH II : TINJAUAN ATAU MENGUTIP DATA


2.1 Data boleh dari dokumen seperti – hasil kerja murid, analisis peperiksaan, dokumen penyeliaan P&P, jadual kedatangan, kerja amali video , gambar, transkrip temubual, 
diari, kerja lapangan dan sebagainya
2.2 Kaedah mengutip data boleh dengan cara pemerhatian tingkahlaku, pemerhatian P&P, temubual, analisis dokumen (sukatan pelajaran, rancangan pelajaran, kertas peperiksaan, laporan kurikulum, minit mesyuarat, contoh kerja murid, bab dalam buku teks), bukti bergambar, rakaman pita video, catatan diari, soalselidik, ujian, penilaian kendiri 
(refleksi guru dll)


3 LANGKAH III: ANALISIS DATA


3.1 Analisis kandungan yang berkaitan isu
3.2 Mencari perkara yang tidak diduga berkaitan isu
3.3 Melihat pola atau corak masalah tertentu
3.4 Boleh juga analisis dilema/isu
3.5 Analisis secara perbincangan


4 LANGKAH IV : MENENTUKAN FOKUS KAJIAN


4.1 Analisis data adalah untuk memberi gambaran situasi dan PERNYATAAN MASALAH sebenar
4.2 Fokus kajian – hanya kepada isu, mustahak kepada murid dan pengkaji/sekolah, tumpu kepada persoalan P&P, keberkesanan guru atau pembolehubah boleh kawal yang lain seperti kurang latihan, dan kurang kemahiran belajar

5 LANGKAH V: MERANCANG LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN
(PROJEK P&P TERANCANG)



5.1 Dua jenis perancangan iaitu (a) mengubahsuai cara yang sedia ada. (b) menggantikan cara yang asal dengan cara yang baru
5.2 Perancangan elibatkan:
5.2.1 Objektif /matlamat cadangan tindakan
5.2.2 Sebab sebab atau justifikasi tindakan itu perlu dibuat
5.2.3 Senarai cara baru, aktiviti baru yang dijalankan , bahan kurikulum yang digunakan, struktur organisasi, konsep atau falsafah jika ada
5.2.4 Cara-cara pengesanan/pemantauan dibuat terhadap perubahan
5.2.5 Menyatakan penilaian formatif atau sumatif
5.2.6 Pernyataan yang lain – sumber rujukan, kewangan, tenaga, kelengkapan,
modul, bahan dan masa
5.2.7 Bersesuaian dengan teori praktik yang dibina dari amalan sebenar


6 LANGKAH VI : PELAKSANAAN LANGKAH-LANGKAH TINDAKAN


6.1 Melaksanakan perubahan atau tindakan bererti ada risiko dan kita tidak boleh tunggu sehingga tiada risiko
6.2 Komitmen besar diperlukan dalam melaksanakan tindakan yang dirancangkan. Rekodkan semua aktiviti tindakan
6.3 Tindakan sepatutnya dilaksanakan secara individu dan secara kolaboratif
6.4 Fokus tindakan untuk mengatasi masalah sebenar



7 LANGKAH VII : PEMANTAUAN DAN PENGESANAN


7.1 Pemantauan boleh dijalankan oleh:
7.1.1 Pengkaji (pemantauan kendiri) – gunakan borang atau innstrumen tertentu
7.1.2 Rakan / Kumpulan sejawat – dalam hal ini panitia dan pentadbir boleh membantu
7.1.3 Murid – iaitu dengan mendapatkan maklumbalas murid dari segi
perasaan dan pandangannya
7.1.4 Pemantauan bersama – melibatkan pentadbir/rakan sejawat/ murid dan diri pengkaji
7.2 Rekod pemantauan patut dikemukakan oleh pengkaji


8 LANGKAH VIII : PENILAIAN


8.1 Jenis penilaian (a) Fomatif – sepanjang proses kajian serta tindakan dijalankan (b) Sumatif – penilaian dijalankan pada setiap tahap tertentu kajian tindakan dijalankan
8.2 Yang melaksanakan penilaian ialah pengkaji/ rakan sejawat/ pentadbir/ murid / bersama
8.3 Insrumen penilaian:
8.3.1 Borang penilaian (yang disediakan lebih awal)
8.3.2 Ujian pengesanan / keputusan peperiksaan
8.3.3 Pemerhatian terhadap pencapaian perubahan
8.3.4 Temubual (Gunakan instrumen soalan dan jawapan temubual)
8.4 Tujuan penilaian:
8.4.1 Mengukur keberkesanan proses tindakan
8.4.2 Menunjukkan bahagian yg boleh diperbaiki
8.4.3 Menunjukkan kelemahan dalam arahan atau prosedur dan amalan
8.4.4 Mengukur pencapaian objektif kajian
8.4.5 Sebagai panduan pusingan kajian seterusnya


9 LANGKAH IX : TINDAKAN UNTUK GELUNGAN KEDUA/ SETERUSNYA


9.1 Hasil penilaian langkah tindakan gelungan pertama memberi jawapan kepada pengkaji sama ada tindakan berkesan atau tidak
9.2 Tindakan seterusnya dijalankan bagi mengatasi isu yang sama atau isu yang baru

10 LANGKAH X : PELAPORAN


10.1 Format pelaporan yang biasa digunakan seperti dalam lampiran 1
10.2 Walaubagaimanapun pengaji biasanya mempunyai cara tersendiri untuk mempersembahkan pelaporannya. Yang penting pelaporan itu difahami oleh orang yang menerima laporan.