Saturday, November 24, 2012

Perincian Persekolahan 2013:Kumpulan A dan B



Kumpulan A







Kumpulan B 


 Tahun 2013


Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, P.Pinang, Perak, Selangor, N.Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya :
 

Warna Kata-kata




Warna Kata-kata
 
 
 

Kata-kata adalah warna hitam
kehilangan segala kekuatan
untuk bangkit dan berjuang memaknakan hak kedaulatan
yang tenggelam dalam kekeliruan
kata-kata adalah warna air
yang turun mengalir membasahi
jiwa dan jasad yang kejang
dibelit segala kekalahan diri
sungguh, kata-kata adalah warna merah
darah yang meruap untuk kembali
bangkit dan berjuang
kata-kata, adalah warna bahasa
yang mewujudkan diri
kedaulatan, maruah dan hak
kata-kata adalah merah
darah yang berjuang.
 
 
 
 
Penerima Anugerah Penulisan Asia Tenggara
 (SEA Write) 2011, Syed Mohd Syed Othman atau SM Zakir
 yang menterjemah ranah bahasa dengan menggunakan
 warna sebagai simbol dalam karyanya.
 
 
 
 

Friday, November 23, 2012

Pentaksiran Sekolah




PENTAKSIRAN SEKOLAH


Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran - pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid , meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS boleh dilaksanakan secara :

1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
2. Pentaksiran sumatif yg dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.


Sistem pelaporan terbahagi kepada 2 iaitu :



1. Formatif - Penyataan eviden digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. Evidences  berdasarkan lembaran kerja , projek , lukisan , pemerhatian , soaljawab lisan dll.

2. Sumatif - Penyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid Ia berdasarkan Standart kurikulum atau sylebus bagi sesuatu mata pelajaran.


Proses perlaksanaan



  1. Guru membuat perancangan mata pelajaran yang hendak dilaksanakan iaitu tajuk , standart pembelajaran ( sub topik ) , bahan eviden yang hendak digunakan.
  2. Membuat eviden berdasarkan band 1 hingga 6.
  3. Guru masuk kelas dan menjalankan pengajaran.
  4. Diakhir pengajaran guru menguji kefahaman pelajar menggunakan eviden yang telah disedikan.
  5. Setelah tamat waktu pengajaran guru akan key in dalam sistem penilaian berasaskan sekolah ( SPBS ) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia secara on line.
  6. Proses ini diulang setiap kali masuk mengajar dengan topik - topik yang lain sehingga akhir tahun.
  7. Pada akhir tahun pihak Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan Laporan Pencapaian Fomatif  bagi semua 10 / 11 mata pelajaran yang diajar disekolah.
  8. Setiap orang pelajar memiliki 10 / 11 helaian laporan pencapaian formatif dengan penerangan terperinci band yang di perolehi serta tahap penguasaannya.


CONTOH LAPORAN PENCAPAIAN FORMATIF




Nama pelajar              : MIZA FAIZAH
No Mykad                  : ..........................................
Nama sekolah             : SK Permata Hati
Darjah / tahun            :  1
Nama Mata pelajaran : BAHASA MELAYU ( SK )

Prestasi                       : Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.
  MIZA FAIZAH  boleh :
  1. membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mematahinya.
  2. mendengar dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan soalan dan pesanan.
  3. mencatat maklumat yang difahami.
Syabas diucapkan kepada MIZA FAIZAH atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




..........................................                        ..........................................
Tandatangan                                              Tandatangan
Guru mata pelajaran                                  Ibubapa / penjaga.




PS mempunyai ciri - ciri berikut :


  1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
  2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan proses pengajaran.
  3. Fleksibal iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
  4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.
Pentaksiran Sekolah boleh dijalankan secara :
  1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
  2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.


PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD




Ia menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ia merupakan proses mendapat maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standart prestasi yang ditetapkan mengikut tahap - tahap pencapaian seperti yang dihasilkan dalam dokumen kurikulum ( Standard Kurikulum ).

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melaporkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan , kebolehan , bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkan dengan orang lain.




STANDARD PRESTASI





Merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
  1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
  2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
  3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
  4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.


KERANGKA STANDARD PRESTASI



Standard Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan Evidens dan Deskriptor. Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran. Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum ( Sylebus ). Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.


Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas 
atau member respon terhadap 
                perkara asas.
 ( Tahu )



Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta 
               menjelaskan apa yang telah dipelajari.
 ( Tahu dan Faham )



Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 
( Tahu , Faham dan Boleh Buat )



Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau melaksanakan sesuatu 
               mengikut prosidur / arahan secara sistematik.
 ( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).



Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
 ( Tahu , Faham dan Boleh buat  dengan beradab Terpuji ).



Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif  , mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  ( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab Mitali ).







PERANAN STANDARD PRESTASI DALAM PENGAJARAN

  1.  Guru memilih standard kurikulum yang hendak diajar.
  2. Guru merancang pengajaran , pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran ( evidens ).
  3. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran di akhir pengajaran atau sesuatu topik pengajaran.
  4. Guru menilai prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens - Key in dalam Potal Lembaga Peperiksaan.
  5. Melakukan pemulihan kepada pelajar yang gagal dalam standard penilaian yang ditetapkan
  6. Pilih Standart pengajaran yang baru dan laksanakan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.

Pengurusan Fail

 

 Ini ialah Buku Pengurusan Fail KSSR/PBS. 
Penulis buku ini ialah seorang guru. Beliau merupakan seorang JU Kebangsaan
 ( Dunia Muzik) di bawah Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Buku ini 
menerangkan secara terperinci mengenai pengurusan fail showcase,
 fail perkembangan murid serta fail panitia. Juga diberikan contoh pengurusan fail
 yang berkesan. Selain itu, turut dinyatakan tentang pengurusan PBS yang betul. 
Secara keseluruhannya, buku ini juga mengupas keseluruhan fail yang diminta
 oleh pemantau seperti JPN, Jemaah Nazir, BPK atau pihak-pihak berkenaan.  
Buku in berharga RM20.00.  Carilah di kedai-kedai buku berdekatan. :)



Contoh Borang Prestasi Murid


Kurikulum Standard Sekolah Rendah- Band 1-6


Can Mali Can Oi Oi

 




Nyanyian Lagu Rakyat

' Can Mali Can ' yang diubahsuai liriknya.

Anak-anak ini berlatih untuk persembahan

mingguan Minggu Bahasa Melayu 

sempena Bulan Bahasa Kebangsaan.

Komen : Bolehlah..:)


Orang yang mempunyai EQ yang tinggi



Orang yang mempunyai EQ yang tinggi:



1. Melabelkan perasaannya dan bukan orang lain atau situasi.
 "Saya rasa tidak sabar." lawan "Ini tak masuk akal."
"Saya rasa dilukai dan pahit". lawan "Anda orang yang tak peka."
"Saya rasa takut." lawan "Kamu memandu seperti orang bodoh."




 2. Membezakan pemikiran dengan perasaan.
Pemikiran: Saya berasa seperti...&
Saya berasa seakan-akan.... &
 Saya berasa bahawa
Perasaan: Saya rasa: (perkataan perasaan)



 3. Bertanggungjawab atas perasaan sendiri.
"Saya rasa cemburu." lawan "Kamu membuat saya cemburu."
 
 
 
 
4. Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan.
 "Apakah perasaan saya jika saya melakukan ini?" 
"Apakah perasaan saya jika saya tidak ...
 
 
 
 
 5. Menghormati perasaan orang lain.
 Bertanya "Apakah perasaan anda jika saya buat ini?" 
"Apakah perasaan anda jika saya tidak buat ini."
 
 
 
 
 6. Berasa bertenaga dan bukan marah.
 Mereka menggunakan apa yang disebut "kemarahan"
 untuk membantunya berasa bertenaga dan bertindak produktif.
 
 
 
 7. Mengesahkan perasaan orang lain.
 Menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan
 akan perasaan orang lain.
 
 
 
 8. Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatifnya.
 Bertanya: "Apakah perasaan saya?" dan
 "Apakah yang boleh membantu saya berasa lebih baik?"Bertanya orang lain "Apakah perasaan anda?"
 dan 
"Apakah yang boleh membantu anda berasa lebih baik?"





 9. Tidak menasihat, mengarah, mengawal, mengkritik,
 mengadili atau mensyarahkan orang lain.
 Mereka menyedari tindakan begitu menimbulkan perasaan
 yang kurang baik, justeru itu mereka mengelakkan perbuatan tersebut.




 10. Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya.
 Seboleh-bolehnya, memilih untuk bergaul dengan orang 
yang mempunyai EQ yang tinggi.
 
 
 
 

Aktiviti Pengakap
































EQ Dalam Bilik Darjah

EQ Dalam Bilik Darjah

EQ guru adalah angkubah yang paling penting 
dalam pembentukan bilik darjah yang berEQ tinggi. 
Antara komponen EQ guru yang paling dominan ialah cara guru mengurus emosinya,
 khasnya emosi negatif. Guru yang berjaya dan efektif adalah orang yang mampu
 menangani perasaan negatif dalam bentuk yang autentik, benar dan sihat.
I. Pengurusan Emosi Guru
A. Mengenal Pasti Perasaan Diri

- Tanya diri sendiri : Bagaimana perasaan saya?
 

- Jawab dengan menggunakan tiga perkataan  "Saya berasa ..."
 

- Labelkan perasaan diri, dan bukan pelajar atau situasi


B. Bertanggungjawab Atas Perasaan Sendiri

- Jangan menyalahkan pelajar atas perasaan diri
 

- Bertanggungjawab atas perasaan sendiri bermakna tidak berfikir seperti:
 

* Kamu membuat saya marah
 

* Pelajar-pelajar membuat saya gila
 

- Terdapat ruang di antara rangsang dan tindak balas; dalam ruang tersebut anda berkuasa untuk mementukan tindak balas sendiri. Jangan memberikan kuasa itu kepada orang lain.
 

*** Anda menghadapi masalah BESAR jika pelajar-pelajar menguasai emosi anda.


C. Gunakan Kesedaran Emosi Sendiri Untuk Mempelajari Diri Anda

Perasaan negatif anda menunjukkan keperluan emosi yang belum dipenuhi.

 Contohnya:


Jika anda berasa
Anda perlu berasa
Tidak dihormati Penghormatan
Tidak dipatuhi Kepatuhan
Tidak kebolehkawalan Kebolehkawalan

Anda bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan pelajar dan bukan sebaliknya. Sama ada anda memperoleh keperluan di tempat lain atau anda dikehendaki melepaskan sebahagian daripada keperluan-keperluan anda.

D. Sentiasa Berusaha Memperluaskan Kawasan Penerimaan Anda

Jika anda rasa
Pelajar anda rasa
Akibat keseluruhannya
diterima diterima Harga diri yang lebih tinggi dan sihat
bertolerensi dipuji
bersabar selamat
bertimbangrasa relaks
mudah diramal baik


Peringatan: Emosi boleh berjangkit!
 
II. Membantu Pelajar Mengalami Emosi Positif

A. Membantu pelajar melabel perasaannya

- Guru mengajar pelajar kata-kata perasaan
 

- Nyatakan perasaan guru sendiri
 

- Berbual-bual tentang perasaan


B. Berikan pelajar-pelajar pilihan yang sebenar

- Guru menghormati keputusan pelajar
 

- Jangan memberi arahan yang bertopeng permintaan
 

- Minta pertolongan pelajar untuk memenuhi keperluan sendiri; jangan menuntut


C. Hormati Perasaan Pelajar

- Tanya pelajar tentang perasaannya
 

- Tanya pelajar tentang perasaanya sebelum mengambil sesuatu tindakan
 

- Libatakn pelajar


D. Validasi

- Terima perasaan pelajar
 

- Tunjukkan pemahaman, empati, keprihatinan dan timbang rasa
 

- Apabila masalah timbul, selalu validasikan perasaan sebelum bertindak.


E. Memberi Kuasa Kepada Pelajar

- Tanya perasaan pelajar dan "Apakah yang boleh membantu anda rasa lebih baik?"
 

- Ajar pelajar menyelesaikan masalah dengan menggunakan empati, belas kasihan dan saling menghormati perasaan orang lain.
F. Elakkan Daripada Melabel dan Menghakimi
 
   -  Elakkan "sepatut"
 
   -  Elakkan label subjektif (good/bad; nice/rude, etc.)

Wednesday, November 21, 2012

8 Adab Menuntut Ilmu

 

Di bawah ini ada sedikit nota tentang 8 adab dalam menuntut ilmu.
 
 Semoga bermanfaat.



1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, 
untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain
  niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT
 ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, 
maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."
 [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Berkata Imam Syafie :


"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
 maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi 
daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang
 yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan
 mereka yang berilmu"
 [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
 

3.Banyak Sabar


Imam Syafie pernah berkata:


"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari


Kata Abu Hurairah ra:


"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW 
yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr,
 maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'


Imam Ahmad bin Hambal berkata:


"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) 
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjauhi dari makan banyak


Ibn Jama'ah berkata:


"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu
 dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya
 daripada makan yang halal."
 [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada
 di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil 
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka
 sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; 
mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam 
mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)."
 [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, 
maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."