Sunday, March 23, 2014

6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN



6 KAEDAH KE ARAH PENGAJARAN BERKESAN




1. Memberi bantuan klinikal




 
Kebolehan guru utk mendiagnostik keupayaan pelajar menguasai ilmu pengetahuan dan kebolehan menyediakan pengalaman pembelajaran baru yang boleh memenuhi keperluan mereka secara individu. Guru hendaklah bertindak sebagai seorang doktor iaitu merawat dan menyediakan ubat untuk pesakitnya. Oleh itu peranan guru adalah membantu, memulih dan membimbing sesuatu kemahiran sehingga mereka mampu menguasainya.






2. Merancang pengajaran


 
Memilih objektif pengajaran, memberikan pengalaman pembelajaran yg sesuai utk pelajar dan membuat penilaian terhadap pencapaian pelajar. Perancangan yg teliti terhadap perkara-perkara itu diharapkan akan menghasilkan kejayaan seperti yang dirancang.






3. Melaksanakan pengajaran


 
Kaedah PnP hendaklah menarik dan memberi kesan kpd pelajar. Kemahiran dan keupayaan guru melaksanakan pengajaran melalui teknik yg betul dan terkini akan merangsang diri pelajar menggunakan kaedah pembelajaran yang betul.






4. Pengurusan bilik darjah


 
Menyediakan suasana pembelajaran dan persekitaran yang sesuai, menarik dan selesa dalam bilik darjah. Suasana yg baik ini akan menyeronokkan pelajar. Keadaan itu akan memudahkan guru melaksanakan pengajaran mereka.






5. Memantau kemajuan


 
Menilai dan melaporkan secara sistematik pencapaian setiap pelajar termasuk catatan maklumat dan latar belakang peribadi. Pelaporan ini berguna kpd guru, ibubapa dan pelajar sendiri bagi memantau dan menilai peningkatan pencapaian pelajar dari semasa ke semasa. Penilaian secara bertulis ini juga akan dapat digunakan oleh guru lain utk mdapatkan maklumat awal mengenai diri pelajar.





6. Menyayangi pelajar

 
Perbuatan, tuturkata dan tingkahlaku guru yg menggambarkan sifat penyayang dan nilai baik seperti saling menghormati, mempercayai, membimbing, memberi sokongan dan pengiktiarafan, dapat menolong dan membantu guru melaksanakan tugas dgn perasaan gembira dan menyeronokkan.






Sumber : Petikan daripada Majalah Pendidik.

GURU BERKUALITI - KUASAI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN



GURU BERKUALITI 
 KUASAI KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN




TARIKH 16 Mei setiap tahun merupakan hari bersejarah yang memberikan pengiktirafan buat warga pendidik bagi memperingati jasa-jasa dan pengorbanan mereka dalam dunia pendidikan.




Tema perayaan Hari Guru tahun ini ialah `Guru berkualiti aspirasi negara’ merupakan rentetan tema-tema lalu yang menjadi pendorong dan motivasi bagi setiap warga pendidik dalam meneruskan agenda Falsafah Pendidikan Negara.




Apakah yang dimaksudkan dengan guru berkualiti? Apakah penekanan yang patut dilakukan dalam usaha melahirkan guru yang berkualiti dan berdaya saing?
Kenyataan yang dibuat oleh Holmes Group mengatakan kita tidak boleh meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah tanpa memperbaiki kualiti guru, membuktikan betapa beratnya tugas dan tanggungjawab seseorang guru bagi meningkatkan kualiti dan prestasi sesebuah sekolah.




 
Guru adalah arkitek sosial yang mempunyai agenda melaksanakan proses pendidikan secara berkesan bagi melahirkan pelajar yang memiliki jati diri, berilmu dan bertakwa.
Dalam proses membina agenda negara ini, guru seharusnya berjiwa besar dan mampan kerana tugas ini adalah sangat kompleks dan mencabar warga guru.





Tanpa guru yang berkualiti, adalah sukar untuk menjayakan sebarang pembangunan dan pembentukan disiplin seperti yang dirancangkan.





Guru-guru juga mesti sedar betapa pentingnya usaha untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan yang semakin mencabar ini.





Jadi, hasrat untuk melahirkan guru yang berkualiti mestilah dilakukan dengan cara yang bersungguh-sungguh seperti menghantar guru menyertai seminar, forum, pembentangan kertas kerja dan lain-lain program baik di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa.





Kementerian Pendidikan juga seharusnya mempunyai wawasan dan berkeupayaan tinggi dalam menghasilkan produk-produk guru yang berkemampuan dan berkualiti.
Dengan adanya guru-guru yang berkualiti, ia merupakan aset yang penting kepada sesebuah negara dan menjadi aspirasi ke arah melahirkan pelajar yang cemerlang, menepati hasrat negara bagi mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang 2020.





Guru berkualiti adalah mereka yang dapat dan mampu menguasai serta mereaisasikan segala kemahiran, pengetahuan dan kepakaran yang ada pada diri mereka sebagai alat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.





Salah satu strategi untuk melahirkan guru yang berkualiti ialah dengan meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.




Guru-guru juga perlu diperkenalkan dengan teknik-teknik pengajaran dan terkini yang berkesan serta menarik minat pelajar. Dengan ini, pelajar berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, meningkatkan kemahiran dan aspek kognitif serta manipulasi mereka serta dapat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalani.





Selanjutnya, pelajar lulus cemerlang dalam peperiksaan yang dijalani.
Ini bermakna, guru perlu memiliki kompetensi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha melahirkan pelajar yang memiliki pengetahuan, kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk pembangunan negara.




Kajian diperlukan bagi meninjau kompetensi guru-guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar serta meningkatkan keupayaan mereka menangani cabaran serta perubahan yang pesat dalam dunia pendidikan negara.




Untuk melahirkan guru berkualiti, mereka mestilah diberikan peluang seluas-luasnya untuk meningkat dan mengubah dir mereka ke arah yang lebih positif terhadap kualiti kerja seperti melanjutkan pelajaran dalam bidang yang menjadi kepakaran mereka.
Sikap positif terhadap kualiti kerja ini perlu dibentuk semoga usaha meningkatkan kualiti akan menjadi budaya kerja.





Dewasa ini, kejutan dan ancaman perubahan bukan lagi merupakan satu kemungkinan yang masih jauh. Sebaiknya, ia adalah satu realiti yang nyata.
Semakin hari, kejutan perubahan mencabar kejituan masyarakat dan negara.
Oleh itu, keperluan kepada guru berkualiti adalah merupakan pembentukan penting bagi melahirkan pelajar cemerlang yang menjadi aspirasi negara kita.





Kiriman:


Mohd. Noor Mohd. Zain


SMK Sultan Yahya Petra 1,


Kuala Krai, Kelantan.


Sumber : Pendidik Bil.96/2002







Lawak lah pulak :)
  

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgbWFGH28SkN47_MxxsiHXLQM-oiJ4xyPxpYs32quRegh4RAc6kx04D2sTgSGf5APK1QF4rdwlAciB-_JWZEYrFejK7hZsUBJWuaNKreM_tseLK85jNso7g843aPldRmBPCyeKfJc5EsKQ/s320/080408.jpg