Thursday, January 9, 2014

Dengan Rahmat Mu..Ya Allah!


http://babajisarkar.webs.com/YA_HAYYU_YA_QAYYUM_1_by_misschaudhry.jpg

Janganlah

 ENGKAU 

Serahkan 

Aku Kepada Diriku Sendiri….....





ياَ حَيُّ ياَ قَيُّوْمُ





Wahai Tuhan 
Yang Maha Hidup, 
wahai Tuhan 
Yang Maha Berdiri Sendiri




بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ






Dengan rahmat MU 
aku memohon 
pertolongan



أَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ





Perbaikilah untukku 
urusanku semuanya





 وَلاَ تَكِلْنِيْ اِلىَ نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ









Dan 
janganlah ENGKAU 
serahkan aku kepada 
diriku sendiri walau 
sekelip mata.

Jom Berselawat .. :)






Keistimewaan berselawat

1. Sabda Rasullah SAW: 

" Barangsiapa yang berselawat
 ke atasku sekali, nescaya Allah
 akan turunkan rahmat ke atasnya
 10 kali ganda ." 

 (Hadis Riwayat Muslim.)


2.     Allah akan hapuskan 
dosa-dosa kecil dengan kita
 mengamalkan berselawat sebanyak
 11 kali setiap kali selesai 
menunaikan solat fardu.



3.     Jodoh ditentukan oleh Allah. 
Amalkan selawat 
100 kali sehari, insyaAllah
 akan dipermudahkan bertemu
 jodoh sama ada lelaki @ wanita.



4.     Setiap penyakit ada
 penawarnya. Bacalah selawat
 7 kali pada air dan minum. 
Insya Allah, perut yang sakit
 atau memulas akan sembuh.




5.     Sesiapa yang amal membaca
 selawat 3 kali setiap selepas
 solat 5 waktu akan dihilangkan
 kebuntuan fikiran dalam menghadapi 
apa jua masalah.




6.     Amalkan membaca selawat 
sebanyak 1000 kali sehari, 
insya Allah akan dikurniakan
 kebijaksanaan pemikiran.
 Di samping itu berusahalah
 untuk menerokai pelbagai ilmu.




7.     Sesiapa yang mengamalkan 
berselawat 11 kali setiap hari, 
dengan izin Allah dirinya akan
 lebih dihormati dan dihargai 
oleh orang lain.




8.     Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, 
sesiapa yang berselawat walau sekali 
pada malam Jumaat, saat mautnya kelak 
akan dipermudahkan Allah seperti yang 
dihadapi oleh para nabi.




9.     Sesiapa yang berselawat 
41 kali sehari, Insya Allah 
akan dihindarkan daripada 
sifat tercela seperti hasad dengki 
dan sebagainya dalam dirinya.




10.   Sesiapa yang amalkan 
berselawat 1000 kali
 pada malam Jumaat, insya-Allah 
akan beroleh kebahagiaan sama ada 
di dunia mahu pun di akhirat.




11.   Amalkan selawat 11 kali 
tiap kali selesai solat fardu
 kerana Allah akan mengindahkan
 akhlaknya menjadi lebih disenangi
 di kalangan orang lain.




12.   Berselawat 33 kali sehari
 dapat menjernihkan hati, 
mudah memahami akan sesuatu ilmu 
yang diajarkan, di samping 
beroleh ketenangan fikiran.






13.   Sesiapa yang berselawat
 tak kiralah banyak mana hitungannya
 setiap hari akan dapat keberkatan
 dalam apa jua dengan syarat ia
 berusaha mencari keredhaan-Nya.





14.   Amalan berselawat sebanyak 
yang mungkin setiap hari menjamin
 keselamatan hidup dan pertolongan Allah,
 lebih-lebih lagi pada saat kita 
menghadapi kesukaran hidup.






15.   Menurut Syibab Ahmad,
 sesiapa berselawat 3 kali 
setiap selesai solat Subuh, 
Maghrib & Isyak, Allah akan 
menghindarkannya daripada 
sebarang bencana.






16.   Sesiapa yang amalkan berselawat 
sebanyak 1000 kali setiap hari, 
Allah akan memeliharanya daripada
 sebarang ancaman musuh
 serta bahaya fitnah.





17.   Amalan berselawat secara
teratur setiap hari mampu membersihkan
 kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah
 akan segala urusan dan mendapat
 keampunan daripadaNya.





18.   Menurut As-Shawi, sesiapa 
yang membaca selawat secara rutin,
 akan terpelihara hatinya daripada
 gangguan serta tipu daya syaitan 
yang melalaikan.





19.   Membaca selawat 10 kali 
pada setiap waktu pagi dan petang 
akan memperolehi keredhaan serta 
dijauhkan diri daripada mendapat
 kemurkaan Allah.





20.   Sesiapa yang membaca selawat 
sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat 
berturut-turut, ia bakal 
 mendapat syafaat (pertolongan) 
daripada baginda SAW.




21.   Menurut Al-Hafiz Dimyati, 
sesiapa yang berhajat menemui 
Nabi SAW dalam mimpinya 
maka amalkan membaca 
selawat sebanyak 
70 kali sehari.




22.   Ada riwayat yang
 menyatakan bahawa amalan
 berselawat 80 kali tiap selepas
 solat Asar pada hari Jumaat,
 insya-Allah 
akan dihapuskan dosa-dosa
 kecil seseorang.





23.   Sesiapa yang sering mengamalkan
 berselawat pada setiap hari, Allah 
akan bukakan pintu rahmat dan
 rezeki yang tidak 
disangka-sangka baginya.





24.   Jiwa yang resah gelisah dapat 
ditenangkan dengan zikir, termasuklah 
berselawat sekerap yang mungkin
 kerana Allah itu 
Maha Luas rahmat-Nya.





25.   Ulamak berpendapat, sesiapa
 yang mengamalkan selawat saban hari 
tak kira berapa hitungannya, insya-Allah 
dihindarkan daripada taun dan wabak
 penyakit berbahaya yang lain.





26.   Membaca selawat 1000 kali 
selepas solat hajat 2 rakaat
 mampu menghilangkan keresahan,
 rasa dukacita serta dikabulkan 
Allah akan hajatnya.





27.   Menurut para ulama,
 sesiapa yang inginkan saat kematiannya 
dalam kesudahan yang baik, maka
 berselawatlah sebanyak 10 kali 
setiap selesai solat Maghrib.





28.   Para Ulamak berpendapat, 
Allah akan sempurnakan hajat 
yang baik dengan sentiasa berselawat 
40 hingga 100 kali setiap hari, 
diikuti dengan usaha yang berterusan.





29.   Sabda Nabi SAW: 

" Barangsiapa yang berselawat 
kepadaku sebanyak 100 kali 
pada hari Jumaat, maka ia akan 
datang pada hari kiamat 
dengan keadaan bercahaya ."

 Hadis Riwayat Abu Naim.






30.   Sabda Nabii SAW: 

" Barangsiapa berselawat 
kepadaku 10 kali pada waktu pagi
 dan 10 kali pada waktu petang
 tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku 
pada hari kiamat ."

 Hadis Riwayat Thabrani.


http://www.selwyn-masjid.org.uk/wp-content/uploads/2012/10/Jumuah-Durood1.jpg