Friday, November 23, 2012

Pentaksiran Sekolah




PENTAKSIRAN SEKOLAH


Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran - pembelajaran kerana ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid , meningkatkan pengajaran guru serta mampu memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu - satu proses pengajaran. PS boleh dilaksanakan secara :

1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
2. Pentaksiran sumatif yg dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.


Sistem pelaporan terbahagi kepada 2 iaitu :



1. Formatif - Penyataan eviden digunakan sebagai bukti pentaksiran tentang pencapaian murid. Evidences  berdasarkan lembaran kerja , projek , lukisan , pemerhatian , soaljawab lisan dll.

2. Sumatif - Penyataan deskriptor digunakan sebagai pelaporan prestasi murid Ia berdasarkan Standart kurikulum atau sylebus bagi sesuatu mata pelajaran.


Proses perlaksanaan



  1. Guru membuat perancangan mata pelajaran yang hendak dilaksanakan iaitu tajuk , standart pembelajaran ( sub topik ) , bahan eviden yang hendak digunakan.
  2. Membuat eviden berdasarkan band 1 hingga 6.
  3. Guru masuk kelas dan menjalankan pengajaran.
  4. Diakhir pengajaran guru menguji kefahaman pelajar menggunakan eviden yang telah disedikan.
  5. Setelah tamat waktu pengajaran guru akan key in dalam sistem penilaian berasaskan sekolah ( SPBS ) yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia secara on line.
  6. Proses ini diulang setiap kali masuk mengajar dengan topik - topik yang lain sehingga akhir tahun.
  7. Pada akhir tahun pihak Lembaga Peperiksaan akan mengeluarkan Laporan Pencapaian Fomatif  bagi semua 10 / 11 mata pelajaran yang diajar disekolah.
  8. Setiap orang pelajar memiliki 10 / 11 helaian laporan pencapaian formatif dengan penerangan terperinci band yang di perolehi serta tahap penguasaannya.


CONTOH LAPORAN PENCAPAIAN FORMATIF




Nama pelajar              : MIZA FAIZAH
No Mykad                  : ..........................................
Nama sekolah             : SK Permata Hati
Darjah / tahun            :  1
Nama Mata pelajaran : BAHASA MELAYU ( SK )

Prestasi                       : Band 3

Penyataan pelaporan prestasi.
  MIZA FAIZAH  boleh :
  1. membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mematahinya.
  2. mendengar dan memberikan respon terhadap sesuatu arahan soalan dan pesanan.
  3. mencatat maklumat yang difahami.
Syabas diucapkan kepada MIZA FAIZAH atas pencapaian yang amat membanggakan. Beliau telah menguasai sepenuhnya Band 3 dan layak ke Band 4.




..........................................                        ..........................................
Tandatangan                                              Tandatangan
Guru mata pelajaran                                  Ibubapa / penjaga.




PS mempunyai ciri - ciri berikut :


  1. Holistik iaitu mampu memberi maklumat keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni.
  2. Berterusan iaitu aktiviti pentaksiran berjalan seiring dengan proses pengajaran.
  3. Fleksibal iaitu kaedah pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid.
  4. Merujuk standart prestasi yang dibina berdasarkan standart kurikulum.
Pentaksiran Sekolah boleh dijalankan secara :
  1. Pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran.
  2. Pentaksiran sumatif yang dijalankan pada akhir unit pembelajaran , semester atau tahunan.


PENTAKSIRAN RUJUKAN STANDARD




Ia menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang pelajar. Ia merupakan proses mendapat maklumat tentang sejauh mana murid tahu , faham dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standart prestasi yang ditetapkan mengikut tahap - tahap pencapaian seperti yang dihasilkan dalam dokumen kurikulum ( Standard Kurikulum ).

Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan pelajar lain tetapi melaporkan prestasi pelajar dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang kemajuan dan pertumbuhan pelajar. Pelajar dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan , kebolehan , bakat , kemahiran dan potensi diri tanpa membandingkan dengan orang lain.




STANDARD PRESTASI





Merupakan satu penyataan yang menerangkan tentang pencapaian atau penguasaan seseorang pelajar dalam sesuatu bidang yang telah dilalui dalam tempoh pembelajaran berdasarkan satu petanda aras yang telah dikenal pasti . Ia menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti pelajar , ibubapa serta pihak yang berkepentingan. Dengan menggunakan standart prestasi :
  1. Pelajar tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai , apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
  2. Guru tahu maklumat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah . apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada pelajar.
  3. Ibubapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak - anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk sesuatu tempoh tertentu.
  4. Pihak yang berkepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada pelajar yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.


KERANGKA STANDARD PRESTASI



Standard Prestasi menggandungi 6 Band sebagai asas pentaksiran. Pentaksiran dibuat bersasarkan Evidens dan Deskriptor. Penyataan standart bermaksud penerangan generik / umum tentang tahap kemajuan pembelajaran yang merujuk kepada objektif mata pelajaran. Deskriptor bermaksud Apa yang murid tahu dan boleh buat yang merujuk kepada standart kurikulum ( Sylebus ). Evidens bermaksud bagaimana murid menunjukkan apa yang dia tahu dan boleh buat.


Band 1 - murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas 
atau member respon terhadap 
                perkara asas.
 ( Tahu )



Band 2 - murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemahkan serta 
               menjelaskan apa yang telah dipelajari.
 ( Tahu dan Faham )



Band 3 - murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 
( Tahu , Faham dan Boleh Buat )



Band 4 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab seperti tertib atau melaksanakan sesuatu 
               mengikut prosidur / arahan secara sistematik.
 ( Tahu , Faham dan Boleh buat dengan beradab ).



Band 5 - murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab pada situasi baru dengan mengikut prosidur / arahan secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.
 ( Tahu , Faham dan Boleh buat  dengan beradab Terpuji ).



Band 6 - murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif  , mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
  ( Tahu , Faham dan Boleh Buat dengan beradab Mitali ).







PERANAN STANDARD PRESTASI DALAM PENGAJARAN

  1.  Guru memilih standard kurikulum yang hendak diajar.
  2. Guru merancang pengajaran , pembelajaran dan menyediakan kaedah pentaksiran ( evidens ).
  3. Guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran di akhir pengajaran atau sesuatu topik pengajaran.
  4. Guru menilai prestasi pelajar , merekod dan melaporkan berdasarkan evidens - Key in dalam Potal Lembaga Peperiksaan.
  5. Melakukan pemulihan kepada pelajar yang gagal dalam standard penilaian yang ditetapkan
  6. Pilih Standart pengajaran yang baru dan laksanakan pengajaran , pembelajaran dan pentaksiran seterusnya.

1 comment: