Saturday, April 12, 2014

Didik Hibur


Menyanyi adalah salah satu fitrah kanak-kanak yang sukakan hiburan.  Oleh kerana aktiviti menyanyi telah menjadi sebahagian daripada hidup kanak-kanak, proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.  Melalui aktiviti nyanyian, kanak-kanak akan dapat mengecam situasi dan memahami isu-isu yang berlaku di sekeliling mereka. Terdapat beberapa cara untuk mengangajar membaca untuk berfikir dan menghayati sastera kanak-kanak (prosa dan puisi). Terdapat beberapa kaedah mengajar lagu  kepada kanak-kanak bertujuan menghayati bahan sastera.  


Antaranya :

  • Kaedah frasa demi frasa / baris
  • Kaedah rangkap demi rangkap
  • Kaedah keseluruhan  
  • Kaedah frasa demi frasa / baris

1.    Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu.  Murid diminta mendengar dengan teliti.
2.    Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti seterusnya ialah guru  membaca lirik lagu dan murid ikut membaca kemudiannya.  Dicadangkan lirik dibaca mengikut corak
      irama lagu.  Jika murid tidak boleh membaca, aktiviti di atas masih boleh dijalankan tetapi
     dicadangkan guru menggunakan lagu-lagu yang pendek agar mudah diingati.
3.    Guru menyanyikan frasa pertama dan meminta murid supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan frasa seterusnya dengan cara yang sama seperti tadi.  Guru boleh mengulang semula dengan meminta murid terus  menyanyi frasa satu dan dua dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat
4.    Aktiviti permulaan pengajaran lagu baru boleh dijalankan tanpa iringan muzik atau sebaliknya. Guru boleh membantu ketepatan nyanyian dengan memainkan melodi lagu dengan alat muzik seperti pianika / kibod bagi guru yang berkebolehan.Kelajuan lagu haruslah di lambatkan untuk memudahkan murid mengikutinya
5.    Setelah murid menguasai keseluruhan lagu, lagu baru dinyanyikan sepenuhnya dengan tempo yang sesuai/asal


  • Kaedah rangkap demi rangkap

1.    Keseluruhan lagu baru diperdengarkan
2.    Membaca lirik lagu.
3.    Rangkap pertama lagu diperdengarkan sama ada daripada rakaman atau nyanyian guru.
4.    Murid diminta  terus menyanyi keseluruhan rangkap dengan bimbingan guru atau bersama rakaman keset / CD
5.    Nyanyian rangkap seterusnya setelah didapati murid sudah menguasai rangkap 1
6.    Nyanyian keseluruhan lagu
  
  • Kaedah Keseluruhan

1.    Lagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu.  Murid diminta mendengar dengan teliti.
2.    Membaca lirik lagu jika perlu
3.    Murid terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu.  Aktiviti ini diulangi sehingga murid didapati telah menyanyi dengan tepat.  Kaedah ini biasanya digunakan untuk lagu-lagu yang pendek.

  • Beberapa Peringatan Penting

1.    Jika rakaman lagu dalam bentuk kaset, pastikan lagu yang hendak diajar telah dirakamkan beberapa kali dari sumber ke dalam satu kaset lain.  Ini bertujuan mengelakkan daripada guru banyak menghabiskan masa untuk kerja ‘rewind’ lagu.  Cara ini dapat mengelak daripada murid tertunggu-tunggu dan mula membuat bising.
2.    Rakaman dalam bentuk CD adalah paling sesuai digunakan kerana mudah diselenggarakan
3.    Pemilihan lagu perlu mengambil kira tahap penguasaan bahasa atau perbendaharaan kata kanak-kanak.



Group Forum - Group UPSI09(A132PJJ)

No comments:

Post a Comment