Saturday, April 12, 2014

:)




Ujian atau Penilaian diagnostik ialah satu proses penilaian terhadap kanak-kanak untuk melabel tahap ketidakupayaan kanak-kanak.  Penilaian ini biasanya dilakukan oleh psikiatris, guru. Proses ini juga dikenal sebagai proses melabel.  Proses melabel ini penting kerana ini akan menentukan masa depan kanak-kanak tersebut.  Disebabkan proses melabel ini penting penglibatan ramai pakar diperlukan untuk mendapat keputusan diagnosis yang lebih tepat.  Kementerian Pelajaran Malaysia mendefinisikan penilaian diagnostik sebagai penilaian secara formatif bagi mendapatkan data yang menunjukkan ketidakupayaan murid yang akan menyulitkan proses pengajaran dan pembelajaran.  Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini adalah penilaian yang dilakukan kepada kanak-kanak mengikut tahap ketidakupayaan mereka.  Dengan ini langkah dan rawatan tertentu boleh diambil dengan lebih berkesan




Penilaian diagnostik ini bertujuan untuk membuat penilaian awal tentang ketidakupayaan kanak-kanak. Penilaian awal diperlukan oleh kanak-kanak bekeperluan khas terhadap keupayaan mereka samaada secara formal iaitu melalui pemerhatian dan analisis. Penilaian ini membantu guru menentukan samaada kanak-kanak tersebut memerlukan perhatian yang lebih atau tidak.  Guru-guru juga dapat maningkatkaan tumpuan dan keupayaan pelajar yang memerlukan bantuan.  Selain itu, penilaian ini juga bertujuan mengumpul maklumat untuk tujuan penempatan kanak-kanak mengikut kebolehan mereka. Bagi kanak-kanak yang mempunyai ketidakupayaan yang terbatas dan berbeza kemampuan dengan kanak-kanak lain perlu diasingkan mengikut keperluan pembelajaran.  Penilaian ini juga bertujuan membantu guru menyediakan atau menyelaras sistem pengajaran mengikut ketidakupayaan kanak-kanak.Penilaian diagnostik juga bertujuan memberikan maklumat kepada ibu bapa, guru dan pakar kanak-kanak. Hasil penilaian yang dibuat boleh digunakan sebagai bahan rujukan. Selain itu ibubapa juga boleh didedahkan dengan masalah sebenar anak-anak mereka dan kaedah atau pendekatan yang sesuai ditekankan oleh ibubapa sebagai langkah mengurangkan masalah kanak-kanak.  Penilaian ini juga membantu pakar memantau keadaan kanak-kanak dari masa ke semasa.




 
Penilaian diagnostik penting bagi menentukan jenis ketidakupayaan kanak-kanak. Dengan adanya penilaian ini guru-guru dan ibubapa dapat menngenalpasti tahap perkembangan kanak-kanak. Oleh itu guru dan ibubapa dapat menyediakan program intervensi yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak supaya mereka mendapat kehidupan yang selesa disamping pendidikan yang sesuai dengan tahap kemampuan kanak-kanak.  Selain itu, penilaian diagnostik juga penting kepada guru-guru untuk merancang kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian mengikut tahap murid.  Apabila kanak-kanak ini telah didiagnosis, guru akan mengetahui tahap kanak-kanak dan membolehkan guru menyediakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.  Contohnya kanak-kanak yang lemah ditekankan dengan pengajaran secara visual manakala kanak-kanak normal lebih kepada pengajaran yang lebih kompleks dan abstrak.






Penilaian diagnostik ini juga penting bagi memberi maklumat yang lebih jelas tentang ketidakupayaan kanak-kanak.  Hal ini kerana pada tahap ini kanak-kanak akan dilabel mengikut ketidakupayaan mereka.  Dengan ini ibubapa akan mempunyai pengetahuan yang lebih tentang ketidakupayaan anak mereka.  Ibubapa juga boleh mengambil tindakan sewajarnya iaitu mencari pakar-pakar yang sesuai bagi melatih dan merawat anak-anak mereka. Kesimpulannya, penilaian diagnostik ini diperlukan bagi proses melabel kanak-kanak.  Dengan adanya label ini akan dapat membantu proses rawatan.






 Penilaian diagnostik amat penting kerana ia dapat membantu ibubapa dan guru untuk mengenalpasti ketidakupayaan kanak-kanak dengan tepat. Apabila penilaian diagnostik ini dilakukan  kanak-kanak tersebut akan dilabel mengikut ketidakupayaan.  Hal ini membolehkan langkah yang lebih khusus boleh diambil untuk membantu kanak-kanak tersebut.  Selepas melakukan penilaian diagnostik, penilaian perkembangan akan dilakukan bagi mengetahui tahap perkembangan seseorang kanak-kanak. Perkembangan kanak-kanak dilihat melalui perubahan yang berlaku keatas kanak-kanak mengikut usia mereka.  Selain itu tahap perkembangan yang berlaku pada seseorang kanak-kanak  juga diukur melalui pencapaian. Oleh itu penilaian pencapaian akan dilakukan bagi mengukur tahap kebolehan seseorang kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah terutama kanak-kanak berkeperluan khas penilaian psikologi  akan dilakukan. Penilaian psikologi bertujuan untuk membantu penilai mengawal tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas dari segi emosi,tingkah laku dan mental mereka.




Group Forum - Group UPSI09(A132PJJ)

No comments:

Post a Comment