Wednesday, November 21, 2012

8 Adab Menuntut Ilmu

 

Di bawah ini ada sedikit nota tentang 8 adab dalam menuntut ilmu.
 
 Semoga bermanfaat.



1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, 
untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain
  niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT
 ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, 
maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."
 [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Berkata Imam Syafie :


"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
 maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi 
daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang
 yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan
 mereka yang berilmu"
 [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
 

3.Banyak Sabar


Imam Syafie pernah berkata:


"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari


Kata Abu Hurairah ra:


"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW 
yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr,
 maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'


Imam Ahmad bin Hambal berkata:


"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) 
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjauhi dari makan banyak


Ibn Jama'ah berkata:


"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu
 dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya
 daripada makan yang halal."
 [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada
 di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil 
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka
 sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; 
mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam 
mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)."
 [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, 
maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."


1 comment:

  1. menarik tak blog ni? Jika menarik berilah kredit kat blog ni :)

    ReplyDelete