Saturday, June 1, 2013

Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti


Menyelesaikan Masalah Dengan Kreativiti

Terdapat satu cara untuk mempertingkatkan kreativiti anda dalam menyelesaikan apa juga masalah yang sukar. Mula dengan mengetahui rahsia ini;

Apabila satu masalah itu tidak boleh diselesaikan dengan cara konvensional, biasanya itu adalah kerana tiada rantai kaitan (missing link).

Masalah Grant yang tidak dapat bertahan lama diatas anak lembu tadi pada mulanya kerana tiada tempat untuk berpegang. Itulah dikatakan tiada rantai kaitan. Oleh itu inilah langkah pertama yang perlu diambil untuk mencari penyelesaian kepada masalah sukar ialah menentukan apakah dia rantai kaitan yang tiada. Objektif anda adalah untuk mencari satu perkara, jika ianya wujud akan menyelesaikan masalah. Jangan bimbang jika pada mulanya anda boleh mengadakan kaitan tersebut atau tidak. Hanya cari apakah kaitan yang tiada.

Pada tahun 1930s, Aramco, syarikat kerjasama Arab-American Oil Company memerlukan satu kenderaan yang boleh berjalan di atas padang pasir. Masalahnya ialah pasir tersebut yang menyebabkan tayar kenderaan tenggelam dan tidak bergerak. Oleh kerana tiada kajian yang dibuat keatas masalah ini, jurutera Aramco, Richard Kerr tidak mempunyai data kejuruteraan untuk mereka bentuk tayar yang dapat mencengkam di atas padang pasir. Jadi, perkara pertama ialah mencari kaitan yang tiada (missing link) iaitu kurangnya data kejuruteraan.

Langkah kedua ialah mencari jalan untuk mendapatkan data yang sesuai. Cuba dan salah (trial and error) adalah satu cara tetapi ia mengambil masa yang agak lama. Sedang beliau mencari idea untuk menyelesaikannya, satu cara ialah dengan meniru unta, yang tidak mempunyai masalah berjalan di atas padang pasir. Walaupun berat dan besar, unta tidak mudah untuk tenggelam dipadang pasir.

Walaupun idea itu agak gila, cengkaman yang digunakan oleh unta pastinya boleh digunakan oleh kenderaan. Dia mengukur luas kawasan bukaan kaki unta tersebut dan mengambil berat unta sekali. Ini memberikan beliau data kejuruteraan untuk menentukan bentuk dan tekanan tayar yang diperlukan di padang pasir. Akhirnya beliau berjaya mencipta tayar yang sesuai digunakan di padang pasir. Tayar yang dicipta itu masih digunakan sehingga hari ini di padang pasir oleh kenderaan-kenderaan komersial.

Teknik Missing Link adalah satu perkara penting yang perlu anda tahu untuk menyelesaikan apa juga masalah yang timbul. Ia meningkatkan daya kreativiti anda dalam mencari penyelesaian yang mungkin tidak pernah anda fikirkan sebelum ini.

Bagaimana mendapat idea kreatif

Kita telah membicarakan bagaimana menggunakan kreativiti untuk menyelesaikan masalah. Bagaimana pula menggunakannya untuk mendapat idea yang dapat memberi kita banyak peluang?

Kebanyakan penemuan terulung di dunia ini dijumpai dengan tidak sengaja. Isaac Newton terkejut apabila sebiji epal terjatuh ke atas kepalanya, di mana kemudiannya telah menyebabkan beliau menemui teori graviti. William H. Mason pula sedang mencuba untuk mencari cara untuk menanggalkan turpentine daripada kayu balak. Selepas melawat banyak kawasan pembalakan, dia melihat banyak kayu yang dibazirkan. Dia mengambil semua kayu-kayu kecil dan disatukan untuk menjadi sekeping papan yang apabila diberi tekanan tinggi boleh memberikan satu panel kuat, seperti yang kita dapati hari ini iaitu plywood.

Adalah sesuatu yang biasa satu penemuan dan reka cipta ditemui dengan cara yang tidak sengaja ini, dan idea yang asal dilupakan untuk meneruskan projek baru yang lebih menguntungkan.

Ini memberikan kita satu penemuan iaitu idea baru tidak pernah asli. Ia adalah gabungan dan ubahsuai daripada idea yang lain. Bill Gates tidak mencipta komputer seperti Steve Jobs (komputer Apple), tetapi menulis software untuk apple dan kemudian melihat peluangnya lebih cerah jika software itu boleh digunakan oleh semua jenis komputer. Kini Windows ciptaan beliau digunakan hampir kesemua komputer didunia ini. Oleh itu mengapa anda perlu bersusah payah mencipta idea baru, sedangkan idea yang anda perlukan sudah wujud dalam keadaan yang berbeza? Fikirkan kemungkinan yang ada. Jangan menunggu sehingga anda mendapat inspirasi untuk mendapat idea kreatif, pada hal anda boleh mencuba idea yang asal, ubahsuai menjadi satu keperluan yang anda mahukan.

Minda separa-sedar (subconscious) : Berikan anda idea dan penyelesaian

Adalah penting untuk diingatkan bahawa terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap keperluan. Mungkin anda tidak sedar, bahawa idea dan jawapan itu mungkin sudah disimpan dalam minda anda

Para saintis telah membuat kajian dan mendapati terdapat 15 trillion data telah di simpan di dalam minda anda sepanjang hidup. Jika trillion data terdapat di sini, berapa zillion datakah yang boleh diwujudkan dengan kombinasi daripada data-data tersebut? Dengan potensi ini, kemungkinan terdapat jawapan adalah cukup tinggi.

Itu adalah berita baiknya. Berita tidak baiknya pula ialah 90 peratus daripada maklumat itu tersimpan di dalam minda separa-sedar anda, tiada cara mudah untuk membukanya. Ia terkeluar apabila ia mahu dan tidak pada masa anda sedang sedar dan mahukannya. Jadi apa yang anda perlu lakukan untuk mengambil data-data ini ialah dengan tidur! Banyak idea penting dan penemuan telah dibuat selepas anda tidur nyenyak. Anda seharusnya tahu bahawa ia datangnya daripada minda separa-sedar anda.

Bagaimana ia berlaku adalah seperti berikut;

� Semasa anda sedang sedar dan berusaha untuk mencari jawapan kepada masalah anda, minda separa-sedar anda juga sedar akan apa yang anda sedang cari.

� Minda separa-sedar anda tidak pernah berehat, walaupun anda sedang tidur. Ia sentiasa memilih data-data yang tersimpan di dalamnya.

� Minit, jam atau hari selepas anda berhenti daripada memikirkan masalah tersebut, minda separa-sedar anda akan memberikan jawapan sepintas lalu kepada anda, Anda tiba-tiba mendapat idea baru, atau jawapan kepada masalah yang rumit semasa anda sedang membuat perkara lain.

Contohnya Sir Walter Scott mendapat idea baru apabila baru sahaja bangun dari tidur. Einstein dilaporkan mendapat idea terbaiknya semasa sedang bercukur. Thomas Edison pula setelah mencuba beberapa kali, akan berhenti selama 24 jam dan pada masa itu beliau akan menemui idea-idea baru. Mozart pula dikhabarkan mendapat idea lagunya ketika sedang berdengkur. Apabila bangun, beliau akan menulis nota lagu tersebut yang beliau dapatinya semasa tidur.

Jangan tersalah anggap, satu perkara perlu diambil perhatian: setiap orang di atas adalah mereka yang cukup pakar dalam bidang masing-masing. Mereka tidak menjadi genius dariapda idea yang datang semasa sedang tidur. Minda separa-sedar hanya memilih maklumat yang telah disimpan beberapa tahun dan melaporkan data tersebut seperti yang anda mahukan.

Oleh yang demikian, maklumat berharga yang anda perolehi ini perlu anda lakukan sendiri. Tanpa teknik-teknik ini mungkin idea-idea kreatif anda akan tersimpan begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment