Saturday, June 1, 2013

Menjadi seorang yang kreatif


Menjadi seorang yang kreatif

Kreativiti bukanlah hanya untuk artis-artis sahaja. Ia menjadi bagai batu loncatan untuk kejayaan seseorang dalam segala bidang. Mereka yang tahu bagaimana menggunakan minda kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah akan menjadi seorang yang paling cemerlang dalam kerjaya, membina banyak bisnes yang menguntungkan dan berjaya menarik ramai kawan-kawan yang bijak pandai.

Setiap orang mempunyai daya kreativiti yang tersendiri. Malangnya, mereka tidak belajar bagaimana cara untuk menggunakannya selalu. Daya kreativiti tersebut tersimpan di minda mereka, tidak diguna pakai setiap hari. Artikel yang anda sedang baca ini membongkar rahsia bagaimana untuk menjadi seorang yang kreatif dan berjaya!

Kebijaksaan : Bagaimana Menggunakannya

“Ya lah, macamana aku tidak terfikir sebegitu?”

Bukankah itu yang selalu anda katakan apabila seseorang telah mendapat jawapan kepada masalah yang agak rumit? Apabila masalah seperti tidak boleh diselesaikan seperti biasa, orang kreatif tidak teragak-agak untuk memikirkan dengan cara pendekatan yang berbeza.

Contohnya ialah Ulyssess S. Grant. Abraham Lincoln, presiden USA suka bercerita tentang Grant, semasa zaman kanak-kanaknya suka menggunakan akalnya untuk mengalahkan anak lembu yang tidak suka sesiapa pun menunggangnya. Anak lembu tersebut sungguh keras kepala sehingga ia telah dibeli oleh seorang pemain sarkas, yang menawarkan wang kepada sesiapa sahaja yang berjaya menunggangnya pada masa yang ditetapkan.

Grant melihat beberapa orang muda yang lebih tua daripadanya dilempar ke atas tanah oleh anak lembu tersebut apabila mereka cuba menunggangnya. Dia mencuba menaiki badan anak lembu itu dan berjaya bertahan beberapa waktu tetapi akhirnya terjatuh juga. Kemudian, beliau menggunakan kebijaksaannya. Selepas mendapat kebenaran untuk mencuba lagi, kali ini beliau akan menyelesaikan masalah ini daripada sudut yang lain.

Daripada menunggang seperti biasa, dia melompat ke atas badan lembu itu dengan terbalik, iaitu memandang ke arah ekor dan bukannya kepala. Budak itu mencengkam perut anak lembu itu dengan kakinya dan memegang ekor lembu tersebut dengan kedua-dua tangannya. Walau bagaimana cara sekalipun lembu itu menggoncang dan menghentak, ia tetap tidak dapat menjatuhkan budak itu. Anak lembu itu berjaya dikalahkan dan Ulysses S. Grant memenangi hadiah. Selepas membesar, Grant memasuki tentera dan mengetuai batalion serta memenangi perang saudara.

Daripada pengalaman Grant ini telah memberi dua kegunaan penting kreativiti;

   1. Mencari jawapan yang pelik untuk satu masalah yang rumit
   2. Mencetuskan konsep baru.


Lengkapkan diri anda dengan kreativiti

Keyakinan adalah satu kunci ke arah kreativiti. Apabila anda tahu bahawa terdapat satu cara untuk menyelesaikan masalah (walaupun anda belum tahu lagi apa caranya) anda mendapat semangat untuk mencari jawapannya. Seseorang yang sentiasa memberikan idea-idea bernas bukanlah lebih kreatif daripada kita semua. Mereka sebenarnya mempunyai lebih keyakinan.

Bagaimana anda boleh mempunyai keyakinan seperti itu? Dengan mengetahui bahawa, terdapat penyelesaian bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara.

Jika berkeyakinan adalah prinsip yang pertama, keduanya pula ialah minda yang bebas. Pencipta telefon, Alexander Graham Bell berkata:

Jangan selalu menggunakan jalan awam, pergi di mana orang lain pernah pergi. Pergi ke suatu tempat yang anda tidak pernah pergi. Anda pasti akan berjumpa dengan sesuatu yang tidak pernah anda lihat sebelum ini. Satu penemuan akan membawa anda ke satu penemuan yang lain, dan tanpa anda sedari anda mempunyai sesuatu yang bagus untuk difikirkan. Semua penemuan yang penting adalah berasal daripada pemikiran.

Minda yang bebas tidak terbelenggu dengan cara yang biasa dilakukan. Walau apa juga orang lain kata, beliau tahu terdapat jawapan bagi setiap masalah dan idea bagi setiap perkara, dan dia tidak takut untuk mencuba sebarang bentuk kemungkinan.



No comments:

Post a Comment