Jumaat
Penghulu Segala Hari
Riwayat:(al-Bukhari)
Dari Abu Hurairah r.a katanya
Rasulullah SAW
bersabda:
Kita (umat Muhammad)
adalah yang terakhir (datang ke dunia)
tetapi
yang terdahulu (diadili)
pada hari kiamat. Kita adalah
yang paling dahulu masuk
syurga,
padahal mereka diberi kitab
lebih dahulu daripada kita
sedangkan kita
sesudah mereka.
Kita diberikan petunjuk oleh
Allah akan kebenaran yang
mereka
perselisihkan itu
yang Allah telah tunjukkan kepada
kita iaitu Hari Jumaat.
Maka hari ini (Jumaat)
adalah untuk kita. Besok (Sabtu)
untuk kaum Yahudi dan
lusa
(Ahad) untuk kaum Nasrani.
Huraian Hadith:
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu
ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan
arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.
No comments:
Post a Comment