Friday, May 17, 2013

Guru didik generasi intelek, berakhlak

http://lh5.ggpht.com/-lMgQYM6AWZ4/T7LP9XrVgoI/AAAAAAAAI_M/Ak-mtkdk35g/IMG_20120516_055002.jpg

Guru didik generasi intelek, berakhlak



Islam mengajar umatnya memandang tinggi jasa
 dan pengorbanan guru yang sangat besar baktinya
 dalam membangun serta mendidik generasi berpendidikan dan
 berakhlak mulia. Sambutan Hari Guru pada 16 Mei setiap tahun 
bertujuan meraikan pendidik yang bertungkus-lumus mencurahkan
 ilmu pengetahuan kepada anak didik mereka.


Mereka lakukan demi melahirkan generasi berilmu 
pengetahuan dalam membina sebuah negara yang maju dan makmur. 
Sesungguhnya ilmu pengetahuan sangat penting dalam kehidupan manusia. 
Oleh itu, Allah SWT mewajibkan kita menuntut ilmu. 

Rasulullah SAW bersabda: 
"Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap muslim. "

(Riwayat Ibn Majah)


http://www.vgreets.com/greetings/teachersday6.jpg 


Peranan guru
 


Guru memainkan peranan penting menyebarkan ilmu pengetahuan.
 Daripada hasil usaha merekalah, lahirnya bangsa yang berilmu
 dan berpengetahuan luas, tugas mereka tidak terbatas hanya
 mengajar di bilik darjah, malah mempunyai tanggungjawab
 dalam membentuk akhlak masyarakat.



Yakinlah tanpa ilmu pengetahuan, hidup manusia pasti 
dalam kegelapan kerana ilmu itu cahaya menerangi kehidupan. 
Bayangkanlah tanpa ilmu, kehidupan manusia tidak akan maju 
dan tanpanya juga manusia tidak dapat membezakan 
antara kebenaran dengan kebatilan.
 


Paling penting, dengan ilmu sahajalah seseorang itu
 akan terselamat daripada tipu daya syaitan. 


Firman Allah SWT: 


" Allah memberikan hikmat kebijaksanaan kepada
 sesiapa yang dikehendaki-Nya. Dan sesiapa yang diberikan 
hikmat itu maka sungguh ia telah berikan kebaikan yang banyak.
 Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) 
melainkan orang yang menggunakan akal fikirannya. "

(Surah al-Baqarah, ayat 269) 





Tugas guru bukan saja bertanggungjawab menyampaikan ilmu
 kepada anak didiknya, malah lebih penting ialah 
membina negara bangsa yang menitikberatkan semangat patriotik,
 jati diri dan perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air.
Rasulullah SAW terkenal sebagai negarawan bersemangat patriotisme

 yang sentiasa menyeru umatnya cintakan negara. Rasulullah SAW 
sendiri sebagai pemimpin umat dan ketua negara telah memberi
 penekanan khusus dalam membimbing umatnya.
Baginda menggesa mereka berakhlak mulia, taat

 beribadah kepada Allah, taat kepada pemimpin dan mencintai negara.
 Inilah contoh pimpinan sebenar kerana bimbingan ini akan 
menentukan mereka menjadi manusia berguna,
bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.



Manusia yang baik menurut pandangan Islam ialah
 orang yang hidupnya menggunakan sepenuhnya potensi 
yang ada untuk memajukan keluarga, masyarakat, bangsa, 
agama dan negara kerana inilah jalan hidup dituntut Allah.
Sudah pasti dalam membina negara bangsa ia berkait rapat 

dengan jati diri, perasaan kasih kepada negara serta pemimpin
 secara menyeluruh. Berasaskan dalil jelas daripada al-Quran 
dan hadis Rasulullah SAW, ulama bersepakat mengatakan taat 
kepada pemerintah adalah fardu, manakala menderhaka 
satu dosa besar.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjC96tHKg5CJZw8BhihZ_sUaMEO3gdAILp3LAiR7yMYyAv-NXRGR1ahV7Zus6JZrldffiXAfwSzzsif1i6mVGP82TMSSuxrJYgYTczIG12T6zHD5QYeKAK_l-itcxigYCM_kRHVA6GKQEE/s400/kad+hari+guru.jpg

Cerminan masa depan negara


Justeru, semangat membina negara bangsa khususnya 
kepada pelajar adalah cerminan masa depan sesebuah negara.
 Jika mereka tidak dididik dan diasuh dengan betul, pastinya 
sesebuah negara itu akan menempah kehancuran.
Ingatlah bahawa amanah dan peranan guru bukan

 hanya sekadar mengajar, malah turun berperanan untuk
 melahirkan pelajar yang hebat inteleknya, mempunyai jati diri
 dan semangat patriotik yang jitu. Itulah antara perkara
 yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

 http://thptquangtrung.com/portal/uploads/news/2011_03/more-than-a-friend.gifhttp://www.inspiringbits.com/wp-content/uploads/2012/08/1312.jpg
 http://www.xinminsec.edu.sg/xinminss/images/stories/frontpage/announcement/TeacherDay_Quote_2012.jpg
Sumber

No comments:

Post a Comment