PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
STANDARD PRESTASI
Standard Prestasi (SP) merupakan satu pernyataan yang menerangkan
tentang pencapaian atau penguasaan seseorang individu dalam sesuatu
bidang yang telah dilalui dalam satu tempoh pembelajaran berdasarkan
satu penanda aras (benchmark) yang telah dikenal pasti. Standard
Prestasi memandu pentaksir bagaimana aktiviti pentaksiran boleh dan
dapat dilaksanakan secara adil dan berfokus merujuk kepada standard yang
ditetapkan.
Standard Prestasi juga menjadi sumber rujukan oleh semua pihak yang
terlibat dalam pendidikan secara langsung dan tidak langsung seperti
murid, guru, ibu bapa serta pihak yang berkepentingan untuk menunjukkan
dengan jelas matlamat yang ingin dicapai dalam sistem pendidikan.
Dengan menggunakan Standard Prestasi:-
1. Murid tahu dengan jelas apa yang perlu dikuasai atau dicapai, apa yang ditaksir dan kualiti yang diharapkan dalam sesuatu pentaksiran.
2. Guru tahu matlamat yang akan dicapai dalam pendidikan murid di sekolah, apa yang ditaksir dan kualiti yang harus ada pada setiap murid.
3. Ibu bapa tahu apa yang telah dikuasai atau dicapai oleh anak-anak mereka selepas melalui proses pendidikan untuk satu tempoh tertentu.
4. Pihak yang bekepentingan tahu hasrat dan matlamat kurikulum dan sistem pendidikan negara dan kualiti yang ada pada murid yang keluar daripada sistem pendidikan tersebut.
Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard
pendidikan negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard
pendidikan negara lain.
Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.
Pernyataan Standard diletakkan dalam kategori mengikut Band (Band 1, Band 2, Band 3, Band 4, Band 5 dan Band 6) yang disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang menyatakan tingkah laku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu.
No comments:
Post a Comment