Tuesday, November 27, 2012

Kesalahan Tatabahasa




Kesalahan Frasa Adjektif Yang Terbina
 Daripada Kata Adjektif Terbitan 


  1. Kata adjektif yang berawalan teR- yang mendokong maksud kata penguat tidak boleh hadir secara langsung  sebagai predikat kepada subjek ayat (Frasa Nama). Kata adjektif tersebut perlulah diawali oleh partikel –lah atau kata sandang yang pada frasa namanya.

    Dia terkaya di dunia.     (X)
   
 Dia yang terkaya di dunia.   ( ) 

    Dia paling kaya di dunia. ( )

  1. Kata adjektif yang berawalan teR- yang bermaksud paling tidak perlu ditegaskan lagi dengan kata penguat.

Dialah pelumba yang mendapat tempat terakhir sekali dalam  pertandingan lumba kereta itu.  (X)

Dialah pelumba yang mendapat tempat terakhir dalam pertandingan  lumba kereta itu.  ( )

  1. Tetapi terdapat juga kata adjektif yang berawalan teR- yang boleh didahului oleh kata penguat paling. Kata adjektif itu dikenali sebagai kata adjektif yang membawa maksud darjah biasa.

 Beliau tokoh yang paling terkenal di kawasan itu (X)

 Beliau tokoh yang terkenal di kawasan itu ( )


  1. Kata adjektif yang berawalan se- yang membawa maksud sama dengan tidak perlu diikut oleh kata sendi nama dengan selepasnya.

 Ketangkasannya setanding dengan pemain bola import. (X)

 Ketangkasannya setanding pemain bola import. ( )

Ketangkasannya sama tanding dengan pemain bola import. ( )

  
  1.  Kata adjektif berapitan ke-…-an yang membawa maksud memiliki sifat seperti diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Perangainya seperti keanak-anakan sahaja (X)

Perangainya seperti anak-anak sahaja (√ )

  1. Kata adjektif yang berapitan ke-…-an yang membawa maksud seakan-akan/agak tidak perlu lagi diikuti oleh kata sendi nama seperti sebelumnya.

Warna kainnya agak kekuning-kuningan (X)

Warna kainnya kekuning-kuningan ( )

Warna kainnya agak kuning-kuningan ( )


  1.  Kata ganda berirama yang mendukung maksud sangat/paling untuk sesuatu kata adjektif, tidak perlu lagi disertai kata penguat sebelumnya.

Majlis kenduri itu sangat hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara(X)
      
 Majlis kenduri itu hiruk-pikuk dengan suara saudara-mara (√ )



No comments:

Post a Comment