Al-Qalbu
Tidak terlihat di mata
namun
terasa kewujudannya.
Perlu sentiasa
dipelihara
sehingga ada yang berkata bahawa
amal hati lebih utama
daripada amal anggota.
Ibnu Qayyim mengatakan
mengenai
hati manusia bersama rawatannya
bagi setiap keadaan tersebut:
1. Dalam hati manusia
terdapat kekuatan, tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah.
2. Dalam hati terdapat
keganasan, tidak akan hilang kecuali apabila berjinak dengan Allah.
3. Dalam hati terdapat
kesedihan, akan terlerai dengan menyukai dan berhubung baik dengan Allah.
4. Dalam hati terdapat
kegelisahan, akan menjadi damai apabila berjumpa denganNya, dan berlari
mendapatkan Allah.
5. Dalam hati terdapat
api penyesalan, akan terpadam dengan redha pada suruhan, larangan, qada' dan
sentiasa bersabar sehingga menemui Allah.
6. Dalam hati terdapat
hajat, tidak akan terbendung kecuali dengan kecintaan kepada Allah, memohon
kepadaNya, ikhlas dan sentisa berzikir kepadaNya.
Rasulullah SAW mengingatkan kita
supaya menjaga hati agar sentiasa
berada dalam keadaan yang baik,
kerana hati yang baik
akan 'membaikkan'
keseluruhan jasadnya.
Jika buruk hati itu,
maka buruklah
keseluruhan jasad.
Jom jaga hati :
^__^
No comments:
Post a Comment