Showing posts with label Cerita Binatang. Show all posts
Showing posts with label Cerita Binatang. Show all posts

Monday, November 26, 2012

Burung Bangau Dengan Seekor Ketam



Burung Bangau Dengan Seekor Ketam



Pada zaman dahulu terdapat sebuah tasik yang sangat indah. Airnya sungguh jernih dan di dalamnya ditumbuhi oleh pokok-pokok teratai yang berbunga sepanjang masa. Suasana di sekitar tasik tersebut sungguh indah. Pokok-pokok yang tumbuh di sekitarnya hidup dengan subur. Banyak burung yang tinggal di kawasan sekitar tasik tersebut. Salah seekornya adalah burung bangau. Manakala di dalam tasik hidup bermacam-macam ikan dan haiwan lain. Ada ikan telapia sepat, kelah, keli, haruan dan bermacam-macam ikan lagi. Selain daripada ikan,terdapat juga ketam dan katak yang turut menghuni tasik tersebut.



Burung bangau sangat suka tinggal di kawasan tasik tersebut kerana ia senang mencari makan. Ikan-ikan kecil di tasik tersebut sangat jinak dan mudah ditangkap. Setiap hari burung bangau sentiasa menunggu di tepi tasik untuk menangkap ikan yang datang berhampiran dengannya.



Beberapa tahun kemudian burung bangau semakin tua. Ia tidak lagi sekuat dulu untuk menangkap ikan. Kadang- kadang ia tidak memperolehi ikan untuk dimakan menyebabkan ia berlapar seharian. Ia berfikir di dalam hatinya seraya berkata "Kalau beginilah keadaanya, aku akan mati kelaparan kerana tidak lagi berdaya untuk menangkap ikan. Aku mesti mencari jalan supaya aku dapat memperolehi makanan dengan mudah".



Burung bangau mendapat idea dan berpura-pura duduk termenung dengan perasan sedih di tebing tasik. Seekor katak yang kebetulan berada di situ ternampak bangau yang sangat murung dan sedih lalu bertanya "Kenapakah aku lihat akhir-akhir ini kamu asyik termenung dan bersedih sahaja wahai bangau?". Bangau menjawab " Aku sedang memikirkan keadaan nasib kita dan semua penghuni tasik ini." "Apa yang merunsingkan kamu, sedangkan kita hidup di sini sudah sekian lama tidak menghadapi sebarang masalah." Jawab katak. "Awak manalah tahu, aku sering terbang ke sana ke mari dan mendengar manusia sedang berbincang tentang bencana kemarau yang akan menimpa kawasan ini dalam beberapa bulan lagi. Kau lihat sajalah sejak akhir-akhir ini hari panas semacam aje, hujan pun sudah lama tidak turun". Bangau menyambung lagi "Aku khuatir tasik ini akan kering dan semua penghuni di tasik ini akan mati." Katak mengangguk- ngangukkan kepalanya sebagai tanda bersetuju dengan hujah bangau tadi. Tanpa membuang masa katak terus melompat ke dalam tasik untuk memaklumkan kepada kawan-kawan yang lain.



Berita bencana kemarau telah tersebar ke seluruh tasik begitu cepat dan semua penghuni tasik berkumpul di tebing sungai di mana bangau berada. Masing-masing riuh rendah menanyakan bangau akan berita tersebut. Seekor ikan haruan bertanya kepada bangau "Apakah cadangan engkau untuk membantu kami semua?" Burung bangau berkata "Aku ada satu cadangan, tetapi aku khuatir kamu semua tidak bersetuju." "Apakah cadangan tersebut" kata haruan seolah-olah tidak sabar lagi mendengarnya. Bangau berkata " Tidak jauh dari sini ada sebuah tasik yang besar dan airnya dalam, aku percaya tasik tersebut tidak akan kering walaupun berlaku kemarau yang panjang." "Bolehkah engkau membawa kami ke sana" sampuk ketam yang berada di situ. "Aku boleh membawa kamu seekor demi seekor kerana aku sudah tua dan tidak berdaya membawa kamu lebih daripada itu" kata burung bangau lagi.. 



Mereka pun bersetuju dengan cadangan burung bangau.
Burung bangau mula mengangkut seekor demi seekor ikan daripada tasik tersebut, tetapi ikan- ikan tersebut tidak dipindahkan ke tasik yang dikatakannya.Malahan ia membawa ikan-ikan tersebut ke batu besar yang berhampiran dengan tasik dan dimakannya dengan lahap sekali kerana ia sudah tidak makan selama beberapa hari. Setelah ikan yang dibawanya dimakan habis, ia terbang lagi untuk mengangkut ikan yang lain. Begitulah perbuatanya sehingga sampai kepada giliran ketam. 



Oleh kerana ketam mempunyai sepit ia hanya bergantung  pada leher burung bangau dengan menggunakan sepitnya. Apabila hampir sampai ke kawasan batu besar tersebut,ketam  memandang ke bawah dan melihat tulang-tulang ikan bersepah di atas batu besar. Melihat keadaan tersebut ketam berasa cemas dan berfikir di dalam hatinya "Matilah aku kali ini dimakan oleh bangau." Lalu ia memikirkan sesuatu untuk menyelamatkan dirinya daripada ratahan bangau yang rakus.  Setelah tiba di atas batu besar ketam masih lagi berpegang pada leher bangau sambil berkata "Di manakah tasik yang engkau katakan itu dan kenapa engakau membawa aku di sini?" Bangau pun tergelak dengan terbahak-bahak lalu berkata "Kali ini telah tiba masanya engkau menjadi rezeki aku." Dengan perasaan marah ketam menyepit leher bangau dengan lebih kuat lagi menyebabkan bangau sukar untuk bernafas, sambil merayu minta di lepaskan, ia berjanji akan menghantar ketam kembali ke tasik tersebut. Ketam tidak mempedulikan rayuan bangau malah ia menyepit lebih kuat lagi sehingga leher bangau terputus dua dan bangau mati di situ jua.



Dengan perasaan gembira kerana terselamat daripada menjadi makanan bangau ia bergerak perlahan-lahan menuju ke tasik sambil membawa kepala bangau.  Apabila tiba di tasik, kawan-kawannya masih lagi setia menunggu giliran masing-masing.  Setelah melihat ketam sudah kembali dengan membawa kepala bangau mereka kehairanan dan ketam menceritakan kisah yang berlaku. Semua binatang di tasik tersebut berasa gembira kerana mereka terselamat daripada menjadi makanan burung bangau yang tamak dan mementingkan diri sendiri. Mereka mengucakpan terima kasih kepada ketam kerana telah menyelamatkan mereka semua.



Sumber : http://members.tripod.com

Tuesday, October 16, 2012

Hikayat Sang Kancil Dan Buaya.


Hikayat Sang Kancil Dan Buaya.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiTceodMsdXJsax5yQFt2FuMH0AxDzRPQxnAr7yHrHfKuDzn87dhtXD-bHsQWsE7FYGFDAIptgVWOkgG4Thyphenhyphennc7pTSrmREkxYLWltieTlfL0GRkfjKpbegzU240DWRppbEqA3nLSNf61qQ/s1600/kancil+buaya+2.gif 

Pada suatu hari yang tenang,terlihat Sang Buaya sedang bergembira melompat-lompat dan bermandi manda sementara rakan-rakannya sedang tidur.Sungguh seronok Sang Buaya.

Setelah selesai bermain dan mandi, Sang Buaya pun pergi ke pokon untuk berehat seketika.Ketika ia hendak duduk,ia telah terduduk di atas kulit durian.
"Adoi!!Kurang asam.Siapa yang membuang kulit durian di sana sini.Pakailah tong sampah!,"kata Sang Buaya menahan sakit.
Lalu di baling nya kulit durian itu lalu termasuk ke dalam mulut kawannya.
 
Sementara itu,kelihatan Sang Kancil yang sedang berjalan-jalan mencari makanan.Setelah mencari ke sana-sini,ia pon terlihat Sang Buaya sedang enak tidur di tepi sungai.Ia jugak telah terlihat sepohon pokok jambu di seberang sungai itu.
"Emm,nyenyaknya Buaya-buaya itu tidur,"kata Sang Kancil melihat Buaya.
"Alangkah sedapnya buah itu,aku sedang kelaparan.Baik aku pergi ke sana untuk makan,"kata Sang Kancil.

Ketika Sang Kancil hendak berkira-kira untuk melintas,Sang Ikan telah menegurnya.
"Jaga-jaga Kancil,jangan disangka air yang tenang tiada buaya," kata Sang Ikan.
"Saya tak takut,Buaya semua sedang nyenyak,"kata Sang Kancil.
"Iya Kancil,tapi air sungai ini dalam Kancil,tentu engkau akan hanyut.Saya ingatkan saja.Jumpa lagi,"kata Sang Ikan lagi lalu Sang Ikan berenang kembali ke dalam sungai.
"Terima kasih Ikan,baik betul Ikan,kalau tidak tentu aku susah,"kata Sang Kancil.
"Bagaimana hendak menyeberang sungai?Hah,aku ada satu akal,"kata Sang Kancil.

Lalu Sang Kancil pun pergi menegur Sang Buaya.
"Sang Buaya,Sang Buaya,"panggil Sang Kancil.Namun Sang Buaya tidak menyahut.Lalu Sang Kancil menjerit lagi,"Sang Buaya!!,"jerit Sang Kancil.Sang Buaya yang sedang enak tidur pun terkejut lalu melompat.
"Engkau Kancil,nasib baik aku tak meninggal.Hilang semangat aku.Berani kau Kancil,tak tahu ke buaya suka makan daging kancil,"kata Sang Buaya.
 
"Iya Sang Buaya,tapi aku ada pesanan penting dari orang kaya,"kata Sang Kancil.
"Pesanan penting??,"kata Sang Buaya.
"Ya Sang Buaya.Orang kaya menyuruh aku mengira binatang-binatang di dalam hutan ini supaya diadakan MAKAN,"kata Sang Kancil.
 
"MAKAN?,"kata Sang Buaya.
"MAKAN?MAKAN?,"kata buaya yang lain bersambung-sambungan sambil meluru ke arah Sang Buaya dan Sang Kancil terkocoh-kocoh.
"Ayuh Kancil,kita mula mengira sekarang juga,"sahut Sang Buaya.Namun begitu Sang Buaya telah dilanggar buaya-buaya lain yang gelojoh.
"Adoiii,sakitnya,takde disiplin punya buaya,"adu Sang Buaya setelah dilanggar buaya yang lain.
 
"Buaya-buaya sekalian,berkumpul.,"arah Sang Buaya kepada kawan-kawannya.
Maka berbarislah buaya-buaya sekalian dengan tertib.
"Emm,Sang Buaya,lebih senang dikira sekiranya berkumpul di dalam sungai,mungkin ada yang tertinggal,"kata Sang Kancil.
"Ye juge,buaya sekalian,berkumpul di dalam sungai,"kata Sang Buaya sambil mengarah buaya lain.
 
"Kancil akan mula mengira kamu semua,"kata Sang Buaya kepada buaya yang lain.Sang Kancil pun bersiap sedia untuk mengira bilangan buaya.
 
"Satu".Lalu buaya yang pertama terasa geli.Lalu Sang Kancil berkata,"geli konon".Lalu Sang Kancil terus melompat untuk mengira.
"Satu dua tiga lekuk,"kira Sang Kancil.
"Jantan betina aku ketuk,"sambung Sang Kancil lagi sehingga ia sampai ke seberang sungai.
 
"Semuanya berapa Kancil?,"tanya Sang Buaya.
"Ada 9 ekor buaya yang bodoh,"kata Sang Kancil.
Terkejut lah kesemua buaya.
"Hah!!,"jerit kesemua buaya.
"Sebenarnya aku hanya hendak menyeberang sungai ini,heheheheh,"ketawa Sang Kancil.
 
"Jadi tiada lah makan,kita kena tipu,ini semua kau punya pasal,"kata seekor buaya.
"Betul!,"sahut buaya yang lain.
Lalu larilah Sang Buaya dikejar kawan-kawannya.
 
"Alamak,nasib baik terlepas.Tunggu kau Kancil,"kata Sang Buaya menahan marah.
Namun begitu,Sang Kancil telah terlambat kerana monyet telah memakan kesemua buah jambu itu sehingga habis.Melepaslah Sang Kancil yang malang untuk makan.
Sepandai pandai kancil, melepas juga buah jambu.
Bak kata pepatah,sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.