Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

Wednesday, November 21, 2012

8 Adab Menuntut Ilmu

 

Di bawah ini ada sedikit nota tentang 8 adab dalam menuntut ilmu.
 
 Semoga bermanfaat.



1.Ikhlas

Menuntut ilmu tidaklah untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk bergaji tinggi, 
untuk dikatakan orang yang bijak pandai atau lain-lain
  niat melainkan hanya kerana Allah SWT.

Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT
 ataupun menghendaki menuntut ilmu selain daripada kerana Allah SWT, 
maka disediakan tempat duduknya daripada neraka."
 [HR Tarmizi]

2.Beradab dengan orang yang memberi ilmu


Berkata Imam Syafie :


"Siapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah,
 maka hendaklah ia bersunyi diri, sedikit makan, menjauhi 
daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang
 yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan
 mereka yang berilmu"
 [Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
 

3.Banyak Sabar


Imam Syafie pernah berkata:


"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s: 237]

4. Tulis setiap yang dipelajari


Kata Abu Hurairah ra:


"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW 
yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr,
 maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" 
[HR Ahmad dan Baihaqi]

5.Tawadhu'


Imam Ahmad bin Hambal berkata:


"Kami disuruh supaya tawadhu' (rendah diri) 
kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya."
 [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, m/s 274]

6.Menjauhi dari makan banyak


Ibn Jama'ah berkata:


"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu
 dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya
 daripada makan yang halal."
 [Kitab Fadhlu al Ilmi m/s 222]

7.Tidur yang sedikit


Firman Allah SWT yang bermaksud:


"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada
 di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil 
apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka
 sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; 
mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam 
mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)."
 [Az Zariyat 51 : 15 – 18]

8.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:


"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, 
maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam."


Monday, November 19, 2012

Cerita Hari Ini



CERITA HARI INI


        Sesuatu yang baik, belum tentu benar. Sesuatu yang benar, belum tentu baik. Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus. Fikiran yang terbuka dan mulut yang tertutup merupakan suatu kombinasi kebahagiaan. Semakin banyak Anda berbicara tentang diri sendiri, semakin banyak pula kemungkinan untuk Anda berbohong. 


Jika Anda tidak bisa menjadi orang pandai, jadilah orang yang baik. Seorang teman sejati akan membuat Anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat Anda dalam doa-doanya. Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan. Jika kita berbuat baik, kebaikan pula yang akan kita terima kelak.
               

 Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa. Cinta itu angkuh dan lembut. Lebih baik memiliki cinta daripada memiliki semua bintang di langit. Yang penting bukan berapa lama kita hidup, tetapi bagaimana kita hidup. Nasihat yang baik tidak pernah datang terlambat. Iri hati yang ditunjukkan kepada seseorang akan melukai diri sendiri. Anda cuma bisa hidup sekali saja di dunia ini, tetapi jika anda hidup dengan benar, sekali saja sudah cukup. Kenangan indah masa lalu hanya untuk dikenang, bukan untuk diingat-ingat.
             

   Rasa takut bukanlah untuk dinikmati, tetapi untuk dihadapi. Orang bijaksana selalu melengkapi kehidupannya dengan banyak persahabatan. Lidah anda yang menentukan siapa anda. Antara isi rumah tangga, anak-anaklah yang terbaik. Cinta seringkali akan lari bila kita mencari, tetapi cinta jua seringkali dibiarkan pergi bila ia menghampiri. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.


Jika Anda tidak memulai hari ini dengan senyuman, belum terlambat untuk mencubanya pada hari esok. Buka mata kita lebar-lebar sebelum menikah, dan biarkan mata kita setengah terpejam sesudahnya persahabatan sejati layaknya kesihatan, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.
                

Tak seorang pun sempurna. Mereka yang mahu belajar dari kesalahan adalah bijak. Menyedihkan melihat orang berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah bila kita mengisi hati kita dengan penyesalan untuk masa lalu dan untuk masa depan, kita tak memiliki hari ini untuk kita syukuri. Perlukah merasa kecil dan malu dihina? Orang yang dihina itu sebenarnya memungut pahala percuma tanpa perlu bersusah payah semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. 


 (Khalifah Abdul malik bin Marwan) Barang siapa yang selalu kekenyangan maka banyaklah dagingnya, dan siapa yang banyak dagingnya maka kuatlah nafsunya. Siapa yang kuat nafsunya maka banyaklah dosanya, siapa yang banyak dosanya maka keraslah hatinya dan siapa yang keras hatinya maka tenggelamlah dia dalam bencana dunia serta keindahannya sesungguhnya sebahagian perkataan itu ada yang lebih keras dari batu, lebih tajam dari tusukan jarum, lebih pahit daripada jadam dan lebih panas daripada bara.
              

  Sesungguhnya hati adalah ladang, maka tanamlah ia dengan perkataan yang baik, karena jika tidak tumbuh semuanya (perkataan yang tidak baik) nescaya tumbuh sebahagiannya tidak ada simpanan yang lebih berguna daripada ilmu. Tidak ada sesuatu yang lebih beruntung daripada adab. Tidak ada kawan yang lebih bagus daripada akal. Tidak ada benda ghaib yang lebih dekat daripada maut. Sekali tidak berhasil bukan bererti gagal selamanya. 


Kebahagiaan takkan pernah bisa dibeli dengan wang orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya. Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina. Orang yang mencintai akhirat, dunia pasti menyertainya. Barang siapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil di sisi Allah laksana berada di atas mimbar yang terbuat dari cahaya. Mereka itu orang-orang yang berlaku adil dalam menetapkan hukum baik kepada rakyat mahupun kepada keluarga Tiga sifat yang menyebabkan penyandangnya tidak tenteram dalam hidupnya : iri, dengki, dan akhlak buruk.



Nukilan: Anynomous

 
 

Sunday, November 18, 2012

Jaga Adab Ini-Jika Engkau Seorang Guru


Buku Panduan Amalan Harian “Bidayatul Hidayah 
oleh Hujjatul Islam, Imam al Ghazali Rahimahullah Taala. 
Sebuah buku yang lengkap  dari mula anda baru bangun tidur hinggalah tidur semula. 
Dengan erti kata lain, panduan lengkap hidup sebagai khalifah di bumi Allah
 yang bertuah ini. Imam Ghazali ada memberi peringatan kepada
 kaum guru dan pendidik  dalam Adab-adab Seorang Guru


Berkata Imam Al-Ghazali:

“Jika engkau seorang guru maka hendaklah engkau jaga adab-adab ini:


1- Ihtimal (banyak sabar menanggung kesusahan).


2- Lambat marah.


3- Duduk dengan hebat atas kelakuan yang tetap serta menundukkan kepala.


4- Meninggalkan takabbur atas sekelian hamba Allah Taala kecuali terhadap orang yang zalim kerana menegahkan daripada kezalimannya.


5- Memilih tawadhuk yakni merendahkan diri pada perhimpunan orang ramai dan pada majlis orang ramai.


6- Meninggalkan bergurau-gurau dan bermain-main.


7- Kasih sayang dengan murid dan lemah lembut dengan yang kurang pandai.


8- Membimbing murid yang bebal.


9- Tidak memarahi murid yang bodoh.


10- Tidak malu daripada berkata ‘Aku tidak tahu’ (bagi masalah yang tidak diketahuinya).


11- Memberikan perhatian kepada murid yang bertanya dan cuba memahami soalannya dengan baik.


12- Menerima hujah atau dalil yang dihadapkan kepadanya.


13- Tunduk kepada kebenaran dengan kembali kepadanya ketika ia tersalah.


14- Melarang murid daripada ilmu yang boleh memudaratkan.


15- Melarang murid daripada menghendaki yang lain daripada Allah dengan ilmunya.


16- Melarang murid daripada menuntut ilmu yang fardhu kifayah sebelum selesai daripada menuntut ilmu yang fardhu ain, dan ilmu yang fardhu ain itu ialah ilmu yang berkenaan dengan membaikkan zahir dan batinnya dengan taqwa.


17- Memperbaiki diri sendiri dengan taqwa sebelum ia menyuruh orang lain, supaya muridnya dapat mencontohi amalannya dan mengambil manfaat daripada percakapannya (ilmunya).